nuffnang ads

ads sense

Khamis, 16 Mei 2013

DAH NAMA PUN ANAK LAKI...

SETAHUN ENAM BULAN... Itu lah usia adam. Aduh, semakin hari semakin lasak. Nak tunggu adam membesar memang harus menempuhi setiap onak liku.

Biarpun setiap dua minggu aku akan balik ke kampung untuk lepaskan rindu. Mau serabut gak kepala nie bila jaga dia. Memang orang tua2 cakap. Bukan senang nak jaga anak lelaki. Terutama bila depa dah mula melasak. Memang menguji tahap kesabaran sungguh.

A week before election, aku dan en. y balik kedah. Nak dijadikan cerita that week aku dimasukkan ke hospital dan telah diberikan MC 10hari supaya aku dapat rest dengan sepenuhnya (huk alasan doktor tuh.. maafnya doc saya tak dapat nak rest sebab saya punya seorang hero yang memang tak bagi mama dia dok rehat.)

Selama kurang 10hari tuh, baru aku tau how lasaknya hero kecik aku tuh.. Nasib baik laa tahap kesabaran mama adam nie mampu lagi dikawal. Kalau tak, sure famous mama kamu nie gara2 keluar front page dimana seorang ibu mengikat anak lelakinya di pokok mempelam..

Bayangkan dua ketul hero dok dalam satu bumbung rumah. Of coz banyak idea2 yang creative akan terjadi. Aku tau dan sedaq ketua segala ketua is my hero. Dia akan tunjuk dan ajar sorang lagi untuk lakukan.

muka baikkan?



Contoh :

1. MEMUNGGAH
Hat nie sejak mula2 depa dua pandai jalan sampai laa nie memang hobi depa dua. Sampaikan semua laci2 dan almari harus dikosongkan. Biarpun dah diikat laci tuh supaya tak boleh dibuka. Tapi now, depa dah mula pandai nak buka setiap tali. Rasanya depa dok lama perhati (tengok) cam mana nak buka ikatan tuh. Dan wallah, berjaya juga semua laci diselongkar.

Tengok, gambar last tuh. Sapa ketuanya???? Masa kecik2 pun dah tunjuk bakat terpendam kan...

tadaa, nie masa sekarang.. habis barang2 dapur dimainnya...

Bila tengok laci kosong, benda baru plak depa buat. Masuk dan dok dalam laci...

Creative sangat laa..sampai mama pun tak paham apa yang nak dibuatnya...


2. PANTANG TENGOK APA ORANG BESAR BUAT
Sekarang nie, hobi adam nak siram pokok bunga. Memang setiap hari bila keluar / terlepas ja dari pintu rumah. Dia dah tau dan akan terus melulu pie ke pancuq (paip) air lepas tuh tarik tali paip tuh untuk siram pokok bunga. Bila tengok air tak keluar tau plak nak bukak. Nasib baik, kerah tenaga dia tak kuat. sure dah lama basah kuyup (lencun) baju2 tuh.


baik laa sangat nak tolong mak tok ngan tok abah...

3. MEMANJAT
Yang nie, memang tak diakui dah namanya anak lelaki kan. Kalau tak memanjat tak sah. Sekarang nie, kawasan tempat depa bermain semua basikal (tricycle), bangku kecik atau benda2 yang boleh membuatkan adam memanjat akan disimpan. Bila dah memanjat tak kisah la. Tapi yang buat bahaya tuh bila kaki dah mula diangkat supaya dia dapat melepaskan diri ke kawasan seberang tuh. Yang buat kita take action. 

Sejak2 adam suka memanjat. Kami decide cabutkan je pintu nie. Takut sat gie mau tergolek dog.. 

4. BILA PERASAAN TAK BOLEH DIKAWAL.
Bila dah boleh nak kawal perasaan. Akan terjadi lah perkara dibawah...

Gara2 dah tak tahan. Mak tok terus tambat adam kat meja makan. Mau melalak gak. Tapi, bila dapat melepaskan diri terus sengeh..

So, buat para2 ibu yang anak depa baik. Korang memang bertuah. Buat ibu2 yang penah atau sedang alami situasi macam aku nie. Korang juga bertuah. Sebab kita diuji tahap kesabaran (nak juga rasa bertuah tuh....)




Rabu, 24 April 2013

pureen promotion...

Lamakan tak update blog nie.. Nampaknya macam dah berhabuk sikit (tiup2 untuk buang habuk...fuhh..fuhh).


At last, sales yang ditunggu2 oleh semua para2 ibu serta bakal2 ibu. Last sekali aku pie Pureen sales nie masa tgh pregnant si adam. Selepas 2 tahun baru dapat jejak kaki ke sini.

Aku pegi pun hari ahad (last day). Sampai pukul 4lebih. The best part aku pegi sorang without en. Y.. hahaha dengan keadaan aku yang mcm nie mampu lagi nak pie sorang (owh aku belum ceritakan akan keadaan aku..hahaha). Giler, memang pendek akal bukan apa aku mmg  terlintas bukan senang nak cari car park.. lepas tuh tak terlintas if aku terpaksa parking jauh..haa tak ke jenuh aku nak mengusung barang2 yang banyak tuh...haishh... nasib baik that time cuma hujan rintik2 je..

Sampai je kat sana, baru semua perkara kat atas terlintas. That time baru la terkenang akan jasa baik suami..hahaha ayat tak bleh blah... tapinaku tawakal je laa.. mana tau rezeki baby (ayat standard orang kita). 2 kali gak pusing akhirnya dapat gak parking. Boleh tahan gak laa tapi nasib baik tak semput kalau tak mau tetiba kena minta bantuan pak guard kat situ usung aku... hahahaha

Barang2 macam biasa.. benda yang sama je. Site baju2 plak, baju basahan untuk adam mmg tak ada yang ada cuma baju baby je dan harga rm3. Tapi cuma baju without seluar.. ahh blasah just grab it, lain hari baru cari seluar (opss nampak gaya rahsia dah nak terbocor..)

Site toiletries plak, aku dapat grab satu botol susu untuk adam (malas dah nak beli botol mahal2...) rm15, shower bath (jenis head to toe) rm10, baby wiper, pampers rm24. Site payment. Kaunter banyak dan orang tak berapa ramai time nak buat pembayaran (may be time aku pie that time dah nak tutup kot..)

Nasib baik laa, mampu nak usung barang time balik... oh ya, insya allah next entry aku akan cerita pasal mother hood expo yang kat shah alam plak (tunggu mood rajin menulis laa nampak gayanya).




Cuma tinggal sehelai je utk size 18m


Apakah??




Selasa, 12 Mac 2013

padan muka bila setempek kena batang hidung...

AMARAN : Buat para ibu bapa, jangan tiru gaya hidup seperti kami...

As usual, bila jumpa adam of coz la kami akan bawak dia kuar jalan2. So kami berdua plan nak bawak adam ke taman jublin emas kedah. Yenla, semenjak anakmdah dapat kaki, of cos la si parents dah mula excitedbnak usung anak ke hulur kemari. Tambahan nak tayang anak kita dah pandai jalan (pandai la sangat... jalan menyoyong tak pandang kiri kanan dah...mai blasah jaa orang lalu pun di langgarnya).

So dalam kereta, as usual kami pasangan suami isteri nie suka bertekak (alah small matter nak ikut jalan mana pun nak bertekak kaa..haishh.. pls benda nie jangan ikut kay..hahahhaha).

Do seronok hang argue pie. Aku argue mai.. tetiba nah ambik kau. Padan muka tak pasal2 si adam menjerit tanda supaya kami diam.. memang padan dek muka kami bila anak marahi ibu bapak.. memang terdiam seketika... haishh, mau malu tak kesudah kat anak...

That time, aku tengok en. Y, en. Y plak pandang kat aku.. lepas tuh en. Y pandang adam. Tau apa si adam buat.. tersenggih ja dia kat abah dia tanda happy bila kami dua diam.. haishh, stress jugak tau.. apa lagi en. Y terus gelak besaq laa..

Pengajaran buat kami. Lepas nie kalau seronok nak bertengkar pls jangan laa na ye pn nana.. jangan gaduh depan anak2.. that time memang terasa 1 smash terkena kat batang hidung...

Haiyaa, garang gak anak aku sorang nie..ishh ikut jugak perangai mak dia ni...haiyaa...


Senyum sinis...


Isnin, 11 Mac 2013

SAPA KATA BOYS TAK SUKA PINK?

Oh my parah dah anak mama sorang nie..

2minggu, kak su ada pass kan kat aku suruh bawak balik ke kedah a few shoes nor ain ngan laila yang dah tak pakai.

So, time aku agih2kan kasut yang sesuai utk adam. Tetiba, haish ada tangan kecik mencapai 1 of the sandal yang berwarna shocking pink.. dimintanya aku pakaikan kasut tuh kat kaki dia..

Haiya, pada mulanya agak comel la.. tapi bila aku minta dibuka mau melalak dan dia cuba untuk melarikan diri dari aku.. the best part yang tak tahan tuh. Dia rasa macho habis laa pakai kasut pink.  Dah la shocking pink. Siap ada button twitty dannminnie mouse lagi tuh..

At last, nak buat cam naa. Mama adam nie terpaksa meredhakan dan bairkan dia pakai. The best part time nak keluar rumah pun nak juga pakai kasut tuh... haiyaa parah..parah..

Bukan takat adam ja minat kasut tuh. His cousin rafiq pun tergoda pada kasut tuh. Sampai berebut dua2 nak pakai kasut tuh..haiyaaaa, memang parah...

End up, kami terpaksa bagi sorang sebelah pakai.. puas hati dan tak melalak plak.. janji dapat pakai kasut tuh kan...  lantak adam laa.. janji adam bahagia yee... jangan diminta nak pakai baju warna pink sudah..kang tak pasal2 masuk berita front page sorang budak diikat di pokok mempelam gara2 nak pakai baju pink... hahahahha






Yang nie, mama tak salahkan adam. Mak tok ngan mak usu yang suka ikat tocang kat adam... Boleh plak dia melayan... 


nuffnang