nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 18 Disember 2009

Hand-Without-Phone

Hari Rabu, tercetus buat kali kedua terjadinya kejadian yang sama..

Kisah... 
Aku terpaksa berulang-alik sampai dua kali untuk ke destinasi yang sama..




Salah Siapa?
Okay salah kami dua(chehh tak nak salahkan diri sendiri je...).. Salah aku - kerana meninggalkan talipone bimbit dirumah dan menyebab Mr. Yokkie sukar untuk berhubung denganku.. Salah Dia - kenapa dia bleh lupa charge Handphone..haisshhh kan susah nak call aku di office..

Keadaan yang haru-biru?
Tepat pukul 7.30malam, aku dah tiba di tempatnya yang dijanjikan (okay aku balik lambat semalam akibat stay-back dioffice). Tunggu sampai 30minit. Bayang dia tak nampak...Sempat membuat tawaf sebanyak 3 kali memastikan dia masih berada disitu..Namum hampa...Dengan keadaan yang benggang dengan keadaan jam yang teruk + ngantok (akibat bangun seawal 7pagi) + lapar.. terus menekan minyak kereta pulang ke rumah.

Pada pukul 9.30malam - Mr. Yokkie telifon dan tanya aku kat mana, rupa2nya dia ada disitu, cuma masalahnya dia berada didalam kedai makan (mangkok bin sebal ehhh).. patut tak nampak hampeh..
Aku? Terus mencapai kunci kereta dan menekan minyak menuju ke destinasi yang sama..

Perasaan?
Nasib aku boleh kawal perasaan amarah aku..Kalau tak sahih perang dunia ke berapa pun aku tak pasti sebab dah banyak kali dah perang...Dia? cuma pelik sebab tak nampak kelibat kereta aku jee...

Motif?
Per-ta-ma : Sebelum keluar rumah pastikan bar battery handfone anda menunjuk tahap yang selamat.
Ke-Du-a : Pastikan talifon bimbit anda berada didalam kocek/tas tangan anda..
Ke-Ti-ga : Pastikan anda berada di tempat yang telah dijanjikan. Jangan la suka hati nak pie masuk ke kedai makan untuk menjamu selesa...
Ke-Em-pat : Pastikan minyak kereta anda penuh (ini tidak ada dalam cerita...sengaja melarikan topic)


Tiada ulasan:

nuffnang