nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 25 Disember 2009

Mata kiriku berkedip-kedip...

Orang tua-tua cakap bila mata kiri kita berkelip maka kita akan menerima berita yang kurang enak. Yaa itu la yang dilanda oleh diri aku dan sekeluarga..

Dulu aku memang tak mahu percaya akan mitos nie, tapi bila dah selalu aku mengalami situasi sebegini dimana mata kiri atau kanan berkedip-kedip.. harus lahh aku percayai... Okay biar la orang cakap aku nie kuno. Hakikatnya dah bertahun-tahun dah terjadi akan perkara sebegini.

Okay, contoh pertama -
Kejadian pada dua tahun lepas. Dalam masa seminggu mata kiriku berkedip... sampai aku mahu cucuk mataku ini dengan lidi penyungkil. Berita yang diterima dengan dasatnya dimana ibu kesayangan kami mengidap cancer.

Contoh kedua - 
Semasa aku belajar dikolej (final year). selama 3hari tak salah aku laa... mata kiriku turut berkedip-kedip include mimpi arwah tok dibawah oleh arus sungai. Berita yang diterima, arwah tok sakit tenat dan meninggal dunia setelah dijaga oleh kami sekeluarga selama 3hari..

Perlu kah aku beri contoh-contoh yang lain...
 


So berbalik pada mitos yang ingin aku kaitkan. Dah masuk dua hari mataku berkedip-kedip dan petang semalam jugak laa pada pukul 4.30pm, aku dikejutkan dengan berita yang amat memeranjatkan kami sekeluarga.

Berita dimana mak tam (mak cik sebelah mak saya) kami telah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok. Berita yang aku terima kurang jelas. Di hati nie aku doakan agar mak tam cepat sembuh. Kami semua sayang sama mak tam....

Mood aku kurang baik akibat mendengar akan berita itu. Kali nie aku cuma ingin berkongsi akan layout yang telah aku "design" untuk majalah hypertune dan shift bagi keluaran bulan disember. Ini merupakan sebahagian daripada favourite layout yang aku gemari. (aku tahu bunyi nadaku seakan-akan cam syok sendiri. Jujur aku memang syok sendiri....*senyum malas)

Okay moh kita lihat satu persatu akan layout yang telah aku "design"kan dan telah pun dipasarkan di market-market yang berdekatan. Cuma market basah ja tak de (pasar loh)...




nota kecil : mak tam terpaksa ditahan dihospital selama seminggu, dan sebelah anggotanya tidak berfungsi.. Ya Allah, kuatkan la iman family mak tam dan kami sekeluarga.. Amin.


1 ulasan:

Senyumlah seikhlas hati berkata...

aku juga mengalami masalah kelip2.. ssh nk pacaya mitos ni.. tp aku juga melaluinya.. aku aggap mata kelip2 sblum sesuatu tjd as instinct yg dikurnia oleh Yg Maha Esa..

nuffnang