nuffnang ads

ads sense

Isnin, 1 November 2010

[Wedding] Hobi Baru



Setelah langsungnya majlis pertunangan aku yang aku rasa dah lebih 10bulan..Now, aku telah memiliki hobi baru. Hobi dimana aku akan cuba kumpulkan pelbagai jenis majalah mengenai pengantin.

Aku rasa bukan aku je kot yang punya "peal" (sila baca perangai) macam nie, tapi aku rasa semua bakal pengantin akan punya hobi cam aku nie gak kan..Sebut je majalah apa, dari yang melayu sehingga ke english magazine akan aku miliki..

Wedding, Bride, Pengantin, Hantaran...Apa ja akan aku cuba belikan..

Berbanding sebelum nie, nak beli magazine punya laa malas..Selalunya aku akan punya pespektif yang negatif bila nak beli majalah-majalah dimana aku akan berfikiran "alah buat apa nak habiskan duit. beli majalah hiburan yang punya gosip yang ntah betul ntah ya". Dan kalau aku rasa aku nak sibuk akan hal artist atau mengambil tahu sedikit sebanyak pasal fashion, Aku lebih suka kebas pinjam dari kakak aku atau kawan-kawan (yang suka ambil kisah pasal hal artis)...Atau kan skarang dunia cyber, bleh guna khidmat encik gugel je kan... Bila pandang majalah pengantin sure aku akan gelak sorang-sorang dan punya pandangan "uihh tak kan nya aku nak beli majalah nie...Alahh pinjam je dari kawan-kawan atau kakak-kakak aku.."

Tapi kini pespektif atau pemikiran kolot tuh aku telah tolak ke tepi. (Mungkin perspektif pasal majalah gosip akan aku kekalkan.. Dan aku tak terfikir plak yang aku akan bazirkan duit (biarpun YA!)..

Majalah pertama yang aku beli adalah PENGANTIN..then setiap bulan, aku akan cuba buat koleksi memiliki satu atau dua buah magazine. Janji kena pasal pengantin. TUJUAN!!!

Nak tengok idea atau design (Jujur : Aku lebih gemar fashion english compare fashion melayu).... Selain dari tuh, Fashion semasa, Butik Pengantin, Info tentang majlis untuk bakal pengantin. Macam-macam laa... Janji majalah tuh punya info bagi bakal pengantin seperti aku..

Sampai bilakah tabiat nie akan berhenti???

Tiada ulasan:

nuffnang