nuffnang ads

ads sense

Khamis, 11 November 2010

Surat Buat Kamu

Buat Gaji Bulan November,

Aku mintak maaf sebab aku rasa amat bersalah pada kamu. Ini kerana pada bulan ini nafsu aku terlalu rakus. Aku tak dapat untuk menahan nafsu aku ini dengan menghabiskan kamu dengan sekelipmata sahaja tanpa niat.

Bukan niat aku mencemburui kamu untuk berada dalam akaun aku buat selama-lamanya. Namun aku mencemburui akan sales dan warehouse yang dilakukan pada bulan ini terlalu banyak. Ini mampu mengugat keimanan aku.

Maafkan aku wahai gaji, pada hari pertama setelah aku mendapat tahu kamu telah berada didalam akaun simpanan aku, tanpa memikir panjang aku telah berkunjung ke Warehouse Hush Puppies.Disitu aku memiliki dua pasang kasut untuk hari perkahwinan aku nanti. Ah maafkan aku ya. Selang beberapa hari kemudian aku telah berkunjung ke One Utama bersama-sama kaksu dan aah, disitu aku telah memiliki seutas bag tangan berjenama nine west. Melayang lagi kamu di tangan cashier.

Pada minggu seterusnya aku berkunjung ke jusco one utama. Di situ aku terpaksamembeli satu set Clinique demi untuk penjagaan muka. Ini adalah pertama kali aku ingin mencubanya. Maafkan aku ya...demi promotion, dimana sekiranya pembelian melebihi RM300 aku boleh memperolehi free gift sebanyak 6 jenis barangan. Ahh, penuh dugaan dan godaan malah aku dipujuk rayu oleh kak su untuk membelinya.


Kemudian pada ahad lepas, aku telah berkunjung di Uniqlo, Bukit Bintang. Dah la nak masuk ke situ kena beratur. Pada mulanya aku ingat hari ke tiga orang dah tak ramai. Alih-alih kena jugak beratur. Bila aku menjejakkan kaki di dalam pasarraya itu, nafsu aku semakin melonjak-lonjak..Pelbagai barang ingin aku miliki. Toleh ke kanan "wow, ada t-shirt berbentuk Grafik". Kamu tahu kan, aku suka t-shirt yang punya pelbagai grafiq..Tapi aku mematikan niat aku sebab terlampau ramai hamba allah berembut-rebut. Dah macam orang beli goreng pisang plak..Kemudian aku ke tinggat dua pulak, disitu kelihatan pelbagai jenis barangan wanita. Aku hanya dapat mencapat dua pasang jeans. memperolehi sepasang jeans dari Uniqlo.

Setelah memilih jeans yang menjadi idaman aku, mak datuk di fitting room dah macam orang beratur nak beli KFC plak panjangnya...Tak pa demi jeans aku sanggup untuk beratur.. Maafkan aku sekali lagi ya wahai gaji sebab tak fikirkan akan perasan kamu..

Setelah selesai mencubanya, aku hanya mampu memiliki sepasang jeans sahaja. Wallah di kaunter pembayaran aku dengan perasaan bongkaknya mengeluarkan kamu didepan adik cashier yang hensem [plus] jambu..Masa tuh aku hanya terpandang akan muka adik hensem tuh sambil senyum-senyum manja gitu. Maafkan aku sebab tak melambai-lambai kearah kamu bagi menandakan kita akan berpisah.

Ah, kini aku terpaksa berfikir panjang dimana besok terdapat LOREAL warehouse sales pulak..

Maafkan aku wahai gaji bulan November...Aku terpaksa menghabiskan kamu tanpa menyimpan di ASB. Sekian

Dari
Tuan Akaun Kamu..
XXXXXX-XXX-XXXXX

3 ulasan:

♥L@dy @yU♥ berkata...

ciannyer dengaq...mai sini uniqlo kat umah aku x ramai owg, tapy baju penuh untuk winter jer hikhikhik

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

aku pun nak buat surat untuk akaun aku la... ayat dia sama je seperti di atas. ekekekek

NanAFarhanA berkata...

ros : uniqlo kat sini pun sama utk winter dan aku tak faham kenapa ada org beli jugak sweater winter sedangkan kat malaysia cuaca panas terik..owhh mungkin depa nak pakai utk musim HUJAN lebat kot...

vic : memang dialu-alukan...hahahhaha

nuffnang