nuffnang ads

ads sense

Sabtu, 31 Disember 2011

2011 + 1 = 2012..

31st December 2011

Besok kita semua akan melangkah ke tahun yang baru. Maka terbitlah azam baru didalam jiwa masing2.. Bagaimana pulak azam yang lepas iaitu azam tahun 2011? Sudahkah ia dipenuhi?

Kebanyakkan blogger2 kini sibuk buat wishlist bagi azam tahun baru. Macam2 wishlist yang diaorang tuliskan. Dan kebanyakkannya ingin memajukan diri masing2 menjadi manusia yang berguna. Termasuk aku jugak, aku turut punya azam pada setiap tahun. Azam dimana aku ingin menjadi manusia yang maju pada masa kelak. Alhamdulilah, azam aku sejak tahun 2008 yang telah lama tertunda kini sudah pun aku penuhi. Azam dimana aku nak kawin sebelum aku melonjak ke usia 30tahun telah terlaksana pada tahun ini.  Oh, bukan tuh je azam aku nak punyai anak sebelum usia 30tahun jugak telah aku laksanakan.. Alhamdulilah, dan thanks to En. Y sebab kotakan/ laksanakan azam aku..hehehhe

Maka tahun 2012, aku harus punyai azam yang baru.

1. KERJAYA
Azam dimana aku perlu memperbaiki kehidupan aku bukan sekadar perseorangan, tapi kini kehidupan sebagai isteri dan jugak ibu. Azam dimana aku perlu utamakan kepentingan anak lebih dari diri aku. Ya, azam aku kali nie aku nak majukan diri aku lebih baik sebagai seorang pekerja. Aku nak lebih bertanggungjwab (insyallah) dan berdisplin. Tak nak dah main2 semasa betugas. Ini bagi masa depan anak aku kelak.

2. BISNESS
Apa lagi azam baru aku? Aku ingin cuba memajukan diri aku dalam bidang bisness perbikinan cupcake (insyallah). Yang nie dah mintak restu sang suami, adakah aku boleh sambungkan bisness yang almost setahun aku tinggalkan. Maka jawapan yang diberi alhamdulilah mengalakkan. Cuma aku perlu bahagikan masa demi kerjaya dan jugak keluarga. Insyallah aku akan cuba usahakan ye sayang..

3. KELUARGA
Yang ini, sepatutnya aku harus letakkan pada tangga teratas. Tapi bagi aku tanpa perkara yang atas, azam yang nie kemungkinan tak akan terlaksana.. Aku nak jadi seorang isteri yang lebih bertanggung jawab. Bukan nak kata sebelum nie aku langsung tak bertanggung jawab. Tapi sejak punya anak nie, tanggungjawab aku sudah lebih. Aku perlu bahagikan masa aku pada anak dan jugak suami.. Benda ini agak baru bagi dunia aku. So maka aku perlu berazam untuk memelihara keluarga aku supaya jadi keluarga yang bahagia (insyallah).

Bab masak plak.. Hmm, sejak kawin lagi aku berazam nak masak untuk suami. Alhamdulilah terlaksana. Cuma mungkin aku kena lebihkan azam nie supaya memperbanyakkan makanan kat atas meja makan tuh. Jangan sekadar nasik goreng je.. Kang muka suami tuh dah jadi muka nasik goreng..Haa parah ang nanti nana..hehehehe

Bab sebagai ibu pulak.. Yang nie aku berazam nak berikan fully breastfeed kat anak aku. Tapi yang nie aku perlukan kelonggaran sebab selama 3bulan aku perlu tinggalkan si adam kat mama. Ini demi keselamatan dia pada masa hadapan. Kes nie, aku akan cuba sedaya upaya untuk perah my Miss B supaya miliki susu yang cukup buat adam. Kalau tak, alamat si adam kena minum susu lembu (formula milk) sebagai mak angkat dia laa..Huhuhu.. So aku perlu kuat semagat dan banyak berdoa agar aku perolehi susu yang cukup buat si adam..

Hmmm.. Aku rasa cukup la azam aku kali nie. Aku tak nak buat azam banyak2. Takut nanti tak tertunai pulak.. Doakan agar aku laksanakan azam untuk tahun baru yang akan datang.. Amin

Tiada ulasan:

nuffnang