nuffnang ads

ads sense

Selasa, 2 Oktober 2012

SEMPURNAKAH KITA?

Dua minggu lepas, adam ditahan kat hospital disebabkan viral fever dan bronchitis. Selama 3 malam aku terpaksa berkampung di hospital. Oh my, memang stress gila bila tidor kat hospital.. next entry aku citer macam mana adam bleh ditahan kat hospital.

Memang terpaksa lah aku ambik cuti disebabkan adam sedangkan cuti aku hanya tinggal kosong.. memang menjadi issue jugak bila aku tak datang kerja nie ( baru aku tau aku pun agak penting kat tempat kerja..hahahah perasan siot). Ye la isnin tuh dah la cuti 1 malaysia, selasa plak aku ambik Emegency leave gara2 kecuaian aku membuatkan adam jatuh (yang nie pun akan aku cerita di entry yang akan datang)

So on friday, aku gigih jugak ke pejabat untuk selesaikan kerja yang menanti aku dengan setianya.. as usual bila masuk kerja aku diserang dengan pelbagai soalan.
Yang paling aku tak boleh terima "kenapa tak mintak je suami ko temankan adam kat hospital" giler sentap mak bila soalan tuh diaju kat aku.. oh aku lupa org yang ajukan soalan kat aku tuh blom ada pengalaman lagi menjadi parents.

Aku cuma cakap dengan jujur dimana suami aku bila aku tinggalkan anak dengan dia sahih tunggang langgan semua jadinya. Tunggang langgang tang nak buat susu dia kurang arif lagi untuk handle. Yang lain dah okay. Kira time adam baby dulu dia yang tolong mandikan adam (aku memang masih penakut. Takut kalau2 air masuk telinga..hish)

Memang alasan tuh langsung depa tak perdulikan.

Ada lagi yang mak sentap.. "alah tgk mcm si polan tuh (one of my officemate laki), relex je bleh jaga anak.. siap dia buat semua sampai tidorkan anak dan mandikan lagi. Bini dia relex je. Asal laki ko tak boleh" bertuah kalau dapat suami mcm nie kan. Alangkah untung kalau semua laki mcm tuh aku rela nak beranak setiap tahun..

Bukan laki aku tak tolong aku langsung dalam bab anak nie. dia bnyak tolong aku sejak aku mengandung sampai adam nak masuk setahun. Dia banyak tolong aku. Tapi tak semestinya dia tak tau buat susu bermakna dia tak tolong aku langsung.. Please okay, aku rasa aku cukup tahu pasal suami aku jangan nak bandingkan suami aku dengan sesiapa.

Bagi aku ada jugak kekurangan pada suami kita. Bukan aku nak back up suami  tapi alhamdulilah aku terima dia seadanya. Selama aku bersama dengan en. Y dia tak pernah nak tangankan aku (pukul). Dia tak pernah merunggut bila aku tak masak malah dia suruh makan kat luar bila mood rajin aku nak masak.
Masa aku dalam pantang, bila adam berak buang air besar dia tolong aku cucikan, tolong angkatkan air rebusan. Yang paling buat aku terharu, siap tolong ikatkan bengkung utk aku (patut pun sampai kurus masa aku lepas pantang laa..).

Sebelum kawin sampai dah anak sorang. Dia tak penah bagi aku pegang barang masa shopping.

Ingat lagi kata2 En. Y, susah senang kita sama2 harungi... Hahahaha...

Masa Pantang : Setiap hujung minggu, dia akan layan adam sepenuh masa. Sampai tukar pampers time adam buang air besar pun sanggup tuh...



Layan je kerenah isteri bila minta catkan almari lama..

Kekadang boleh buat aku emo kalau ada orang banding2kan pasangan masing2. Macam contoh yang selalu aku dengar,

"Euwww kenapa that girl dapat lelaki tuh. Dah la pompuan tuh tak cantik, tapi boleh plak lelaki yang smart tuh terpikat kat pompuan tuh" 

"Ish pompuan tuh buta ke apa, dah la laki tuh kerja tak seberapa. Apa istimewa laa sangat kat laki tuh sampai sanggup pompuan tuh kawin dengan dia"

Adakah kita nie cukup sempurna? Sampai nak banding2kan orang lain? Aku pelik kekadang aku pernah terkeluar cakap bila aku dengar orang2 macam nie kata.

"Mungkin, orang2 yang punya kekurangan nie ada kelebihan pada hati. That's why pasangan depa sayang pada depa" (Sebab aku pun penah kena orang bandingkan aku dengan en y, time couple dulu. Bandingan pada bentuk badan..) 

Please lah, jangan la kita nie terlalu nak jadi juri dan menentukan yang cantik perlu dapat pasangan yang cantik. Manakala yang tak berapa tuh harus sedar diri..

Please laa... kita nie bukan Tuhan yang harus menentukan pasangan kita. bagi aku kita perlu bersyukur terima pasangan kita biarpun kita tahu pasangan kita banyak kekurangan.

Dah2, kang tak pasal2 terlebih entry plak pasal kes emo nie... Hish...

Tiada ulasan:

nuffnang