nuffnang ads

ads sense

Rabu, 12 Disember 2012

Adam's 1years old

Dah lama aku tak cerita tentang perkembangan adam kan...

Alhamdulilah, adam sekarang dah masuk 1 tahun 1bulan.. Kejapkan masa berjalan. Alhamdulilah, dua minggu lepas adam dah kena suntikan untuk 1tahun. Biarpun adam sekarang dok selsema but doctor cakap boleh cucuk janji tak demamjshs....

Now adam dah ada 7batang gigi..4 batang kat atas 3 batang kat bawah.. Bila ada 7batang gigi baru mula nak gigit org..aucchh.. Kalau tanya bab cakap plak, adam cuma tau "TATA, DADA, YAYA".. Bila suruh sebut "MAMA or BABA.. ", jangan harap nak disebutnya, tak maunya disebut alih2 DADA gak disebutnya.. Tak pa, mama tak nak paksa anak mama ye..

Bab jaan plak, dia masih expert meniti kat tepi2 sofa dan jugak meja... Bila ajar jalandengan pegang tangan dia, sahih menghampakan. Dia akan melangkah 2-3 tapak, lepas tuh duduk dan terus merangkak banding.. Tak pa, mama masih boleh bersabar tunggu anak mama bersedia nak berjalan kay...

Adam sekarang memang pantang dengar lagu, sure badan dia akan digerak2 ke depan dan ke belakang tuh lah style dia menari.. Bukan takat lagu rock ke, balada ke tapi kalau orang berzikir pun dia akan menari gak.. Haip, pantang dengaq muzik sure akan digoyang2kan badan dia..

Now, dah nampak adam dah pandai nak berinteraksi dengan siapa2. Contoh : Kalau aku nyanyi lagu "IF YOU HAPPY AND YOU KNOW YOU CLAP YOUR HAND", secara automatic dia akan clap his hand.. Bukan takat nyanyi, kalau kita cakap "CLEVER BOY, CLAP YOUR HAND.." Terus dia akan clapping his hand..

Kalau aku nyanyi lagu "TWINKLE TWINKLE", secara spontan dia buat gaya cak cekuk (tau dak lagu cak cekuk tuh..gaya macam kita genggam dan bukak tangan tuh..). yang nie normal akan perkembangan budak 9month above..

Bukan takat tuh je, now dia dah tahu banyak arahan. Macam "Bye..Bye", dia akan secara pantas buat riaksi "BYE2 kat kita..". Time nak tidor, aku akan cakap.. Time to sleep sambil tepuk2 bantal.. Secara pantas dia akan datang dan terus tidor.. Kekadang tuh, ada gak dia endahkan jugak.

Aku perasan adam nie kalau kita tutup je lampu. Sure dia akan secara automatic keluar dari bilik gelap. Bukan tuh je, if bilik tak bukak lampu memang sah2 dia tak akan masuk. Kira mudah la aku nak bagi dia tak main dalam bilik just switch off the light je laa...Kan..kan

Nak tidor dia pun senang, just guna kaedah atas dimana hanya tutup lampu dan make sure tak da cahaya masuk ke bilik. Dia akan cepat2 merangkak dan menerap kat bantal dia. Tapi kalau dia betul2 ngantuk.. dia akan merangkak menuju ke bantal (dia tau bantal dia sendiri...mana taknya dia boleh cam bantal dia sebab bau masyam..) dan menerap kat bantal dia..

Sejak masuk setahun nie, perangai dia dah nampak berubah which is now dia dah mula suka menyakat dan berebut barang dengan rafiq (his cousin yang sebaya dengan dia). Pening kepala bila tengok depa dua. Pantang je, kalau sorang pegang mainan sahih sorang lagi akan datang menyerang.

Apa lagi, dia dah mula bagi respond apa yang kita lakukan. Contoh kalau aku bouce the ball kat dia.Dan arah dia "Adam, passing the ball back". Dia akan bouce balik bola tuh kat kita.  Oh ya, adam memang suka sangat bola. Memang pantang la tengok bola dia akan ambik bola dan main bola tuh sorang2. So, dah nampak minat adam terhadap bola dah terserlah... Tak sia2 En. Y nak ajar dia nanti main bola bila dia besar.. Hahahha

Oh ya, dia memang suka tengok tv... tak kisah la cartoon ke, drama melayu ke, atau pun citer venezuela pun boleh dia layan (haishhh, no..no sexy girl hokey).. Panggil laa nama dia pun, kalau dia nak tengok tv dia tak akan layan kita...

Bab makan plak, now days dia dah refuse dengan makanan yang diblend. Hayoo, rupa2nya dia dah melangkah ke dunia baru dimana dia sekarang nak makan all kind of finger food je.. Kira dah jadi budak besar laa ye anak mama..

Rasa2nya buat masa sekarang, nie je perkembangan adam. Rasanya kebanyakkannya pekembangan adam nie normal bagi kanak2 seusianya. Cuma ada jugak yang lambat. Tak pa, tak semua budak samakan.. 

 
Video nie saja je pukul rafiq lepas tuh senyum puas hati... haishh, sapa laa yang ajaq nie...






Kerana minatkan bola, adam sekarang dah ada banyak koleksi jersey...

Suka hati adam laa...

Penat sangat la tuh, sampaikan kaki abah tuh pun dia ingat bantal...


Masa kecik pun dah mula tunjuk minat tengok tv...

Tengok tuh, bertapa khusyuknya dia tengok tv..




Tiada ulasan:

nuffnang