nuffnang ads

ads sense

Ahad, 18 Ogos 2013

PERSIAPAN RAYA 2013?

Wah, kita dah masuk hari ke 11 raya kan... Sorry la, kalau lambat wish SELAMAT HARI RAYA buat korang2 yang sudi baca blog aku nie (ada ke?)

Raya tahun nie, persiapan untuk raya aku tak semeriah tahun2 sudah..(Tak meriah ko kata..). Memang persiapan kali nie kebanyakkannya aku tumpukan kat adam je.. Kebanyakkannya aku beli baju ngan seluar... Hahaha, almaklumlah tahun ke dua dia beraya... Malah tahun nie, aku boleh laa over sikit nak beli kat si adam. Sorry kay, tahun depan adam dah kena share budget ngan adik ye...

Mak pak dia plak, hanya mampu beli sepasang baju kurung dan baju melayu je.. Nie kes mak pak dah tak excited nak raya.. alasan.. sebenarnya mama dia je yang tak tau nak beli baju apa sebab aku dalam keadaan memboyot..

Meh aku list-down persiapan raya bagi tahun 2013.

TEMA - Tahun nie, tema warna merah mak ngah.

:: Baju melayu Adam 
- Kami beli seminggu sebelum raya. Nie aku paling stress gara2 ikut sangat cakap En. Y tak mau beli awal bulan puasa. Bila dah last minute beli, sure laa nak cari size payah dan pada mulanya aku nak belikan baju melayu johor untuk keselesaan adam. Tapi, tuh laa aku dah habaq awal2 kan, bila beli last minute apa yang di rancang memang tak kesampaian laa kan.

- Plan awal, memang nak beli cam tahun lepas, beli terus untuk adam dan En. Y tapi tak kesampaian sebab size untuk En. Y tak ada. Lepas tuh, en. y dah mula stress sebab adam dah mula buat perangai tak mau dok dalam stroller dan nak berlari. So, akhirnya si mama gak kena marah sebab gatai nak shopping kat masjid india. Ciss.. stress tau...

:: Baju Kurung Mama
- Tahun nie, lain sikit sebab En. Y sponsor baju kurung untuk aku.. Yeaaa.. terkejut gak, sebab slalunya aku yang akan shopping dan guna duit sendiri (bukan complain tapi aku lagi rasa nikmat bila beli pakai duit sendiri. Kira kita boleh beli baju mahal ke atau tak.. kan..). Tapi terkejut dog gak bila En. Y tetiba kata nak sponsor belikan baju untuk aku.. Hmmm... Lepas beli je baju melayu adam, tetiba en. y tunjuk kearah baju kurung berwarna kurung. the best part baju jenis peplum gitu..hahaha wow taste en. y kira trending gak ye...hahaha

Kira malas nak fikir panjang, aku minta size untuk cuba. Time tuh tengah ngandung. So aku macam agak confuse nak ambik XL atau pun L. End up aku ambik size XL. Hakikatnya macam nyesal gak sebab kenapa aku tak ambik L dan aku boleh pakai balik.. Haishh nak buat cam mana dah beli pun kan..

:: Baju Melayu Abah / En. Y dan Sampin Dua Hero
- Yang nie memang aku stress.. A day before nak raya baru kalut nak pie carik.. Haish diusungnya aku ngan si adam pie ke pekan rabu. Melilau (berpusing) kami cari baju melayu berwarna merah cabai (cili). Memang naik fed-up juga laa nak cari bukan apa size S atau M memang tak dak (haishh, punya laa susah nak cari size orang laki badan kecik nie). Mau dekat 2 jam kami dok melanghut (melepak) kat pekan alor setaq tuh. At last, ada juga laa baju melayu warna merah cabai. Tapi quality kain baju melayu tuh lain dari jenis yang kami nak macam baju melayu adam. So aku, malas nak pikiaq panjang aku suruh je en. y ambik gara2 malas dah nak jalan (ye laa mak boyot nie dah terasa macam kaki nak tercabut).

Aku tanya ada tak sampin warna hitam dan bunga warna gold. Nak size untuk budak dan orang tua. Nasib baik laa ada. Sebab kebanyakkan kedai payah nak jumpa sampin warna yang aku nak. Semuanya warna memang bukan taste aku (wahh, cerewet gak mak boyot sorg nie kan..hahaha ye laa kita nak laa tengok suami ngan anak nampak hensem time first day raya kan...). Tak fikir panjang, kami just grab.

Time part bila en. y cuba pakai  / test pakai baju melayu adoiyaa part lengan plak pendek. Owner kedai tuh cakap mmg tak sempat nak otter baju. Aku try pujuk cakap yang kami dah beli banyak kat kedai depa. Nasib baik la, termakan gak pujukkan si mak boyot nie owner tuh setuju otter baju en. y dan kena ambik pukul 3pagi. Orite je kami. sebab aku tau malam tuh sahih laki aku akan pie lepak ngan member2 dia (sebab setiap tahun memang dah lumrah si bini kena tinggai time malam raya..haishh nasib badan laa...).

:: Songkok
- Alhamdulilah, benda alah nie kami beli time puasa minggu pertama. Kira plan bini nak beli awal memang terlaksana laa ye..hehehe

Tema purple pada tahun 2012.


Tema Merah mak Ngah pada tahun 2013.

:: Baju Raya Jalan2 untuk Adam.
- T-Shirt : 
2 helai Tshirt polo warna merah Beli time 2nd weeks of bulan puasa. Time tuh baru dapat gaji. Untuk baju jalan adam aku tak letak pun budget. Beli sekadar mana yang mampu.. 2helai baju beli kat jusco.

T-shirt yang lain beli kat Reject shop. Discount 50%.

- Kemeja : Sebulan sebelum puasa my 2nd sister pie bandung dan belikan untuk adam 3helai kemeja lengan panjang. Paham2 je laa, kat bandung banyak branded outlet. So memang, wajib laa beli baju kat sana. muahaha. sehelai kemeja yang berkotak2 kecil tuh aku pie beli kat reject shop ampang point. Dapat 50% discount.

- Seluar Denim
Reject Shop, Cotton on Kids dan Polo.


Kasut dalam gambar nie bukan dari bubblegummers.


:: Kasut
- Bubblegummers from Bata. Harga RM39.90

Tiada ulasan:

nuffnang