nuffnang ads

ads sense

Khamis, 8 Oktober 2009

Aku mahu...Anda pasti mahu kan..

Sementara aku tengah mencari idea untuk artwork aku. Ntah cam mana tetiba terklik pada satu page nie.. Waa aku mengangumi akan hasil-hasil kerja graphic yang terdapat di pelusuk dunia. Page yang aku tengok tuh semuanya berkenaan ngan graphic.


Salah satu artwork yang aku kagumi adalah yang diatas tuh. Aku kagum bukan dari segi artwork tapi aku kagum dari segi konsep dan idea yang nak disampaikan. Aku suka sebab membuatkan aku teringat akan zaman kita kecil2 dimana mak / ibu / mama kita pesan selepas makan coklat / ice cream kita mestila gosok gigi.. Nanti gigi kita ghongak (rosak)

Lagi satu aku suka concept nie sebab lain dari yang lain. Bukan lain mana, pun, iyaaaa aku tahu yang concept nie dah banyak company2 besar dah bikin akan concept cam nie contoh cam kalau kita beli chikedies (contoh Den Dang, Tora) kita bukak je kotak tuh kita dah bleh dapat coklat ngan barang mainan. Lepas tuh kita(masa zaman kanak2 laa) akan guling2 sorak gumbira sebab kita bleh main..Lalu kita akan menjerit Yeaaaa..masa untuk bueno (hahaha tuh aku tokok tambah je ekk).

Tapi bagi aku la, bagi aku laa kan aku tak suka concept cam tuh dimana bagi barang mainan. Aku suka concept yang mendorong ke didikan kepada kanak2 atau orang dewasa.

Tapi bagi aku best kan, bila kita dapat Free berus gigi.. Tak payah la kita penat2 nak gie Maju Hypermart ke atau Kedai Pak Semad ke atau Pak Muthu ke ( yang tuh je yang bleh aku pikir yang lain aku tak nak type sebab nanti bagi Free Publisiti..hahaha ) untuk pilih berus gigi jenama apa kan suka. Tapi dengan hanya beli ice cream yang berharga RM2.00 kita akan miliki berus gigi.. Wah 2 in 1 skali gus kan cuma kita tak bleh nak pilih laa warna apa..Itu tak penting bagi aku.'

Lagi satu aku suka artwork nie.. Artwork nie adalah dari Ambi Pur from Australia. Dimana ambi Pur mengeluarkan satu produk yang baru dimana ianya mempunyai aroma yang seksi. Ertikata yang lain anda bleh miliki Lelaki IDaman yang mempunyai badan yang tegap bila anda menggunakan produk nie. Ye ke. Kalau betul aku pun, aku nak laa beli produk nie & aku mahu lelaki idaman aku seperti anuar zain & zahiril adzim...hahaha bleh dak...Aikkk, nanti marah plak Mr. Yokkie aku bila baca statement nie. Mau seminggu aku bleh mengong kena pujuk dek Mr. Yokkie..Wakakaka..Dak2 mr. yokkie anda lebih hensem dari mereka berdua..
Tapi aku tak sure la plak ada ke tak kat malaysia nie. Ish kalau ada..Aku la orang yang mula2 nak beli secara senyap2..hahaha haisshhh...

Tiada ulasan:

nuffnang