nuffnang ads

ads sense

Khamis, 10 Disember 2009

Seperti ayam membuat kecoh sekampung..

Okay...mengikut pepatah diatas, merupakan perpatah sendirian berhad yang telah dihasilkan oleh seorang nujum bahasa yang tidak arif lagi tidak bijaksana yang diberi nama nanafarhana. Ehh tuh aku laa...hahaha

Maksud pepatah yang dihasilkan adalah sorang yang suka buat kecoh/riuh/hingaq satu kampung..

Yaa itulah pepatah yang boleh disangkutkan oleh kehidupan aku pada hari ini..Wahhh pepatah diatas tuh bleh tak masuk dalam dewan bahasa dan pustaka..Dan bleh tak bagi credit sama aku..hahahha..Mimpi di tengah hari la wahai cik nana oitt..

*melalut tak kena tempat plak aku nie


Okay..hari ini merupakan hari pertama aku berada di kampung (ecehh bunyi cam 1st time mai umah pak ketua plak..haisshhh)

Okay... perancangan mahu pulang ke kampung telah dirancang pada pertengahan bulan 11..wahh lama kan aku buat preparation untuk mengambil cuti....hahaha

Aku ambik cuti nie semata-mata ada macam-macam perkara yang mahu aku lakukan dikampung...(Wahhh macam YB mahu turun padang plak kan)..

1st day di kampung...wahh mahu tulis lagi cam dairy laa..
- Sampai pada pukul 5.30 pagi di terminal shahab perdana..Aku meninggalkan Mr. Yokkie sendirian (dia mesti suka sbb dalam 4hari berada dalam keadaan solo)..

- Plan dengan zura & rina mahu ke danok selepas kenduri udin tidak kesampaian. Akibat passport aku tamat tempoh pada 10MARCH2010..(Mengikut peraturan Imegrasion, 6bulan sebelum tamat tempoh haruslah kita buat pasport yang baru sebelum mahu ke tempat lain..ehh ayat apa yang aku pakai nie..main blasah laa janji paham kan..tak paham buek2 paham je laa)

- Pukul 11.00pagi baru nak pie buat border pas..haisshhh sampai je ke imegrasion alih2 kotak penangkap gambar rosak plak..Haru ehh..

- Turun ke Pacific Hypermart. Tempoh gambar siap dalam masa 15minit. Tapi tak sampai 15minit gambar ku sudah siap dicuci..Dan di pacific, aku pulak baru mau beli hadiah buek wedding udin...haisshh apanya manusia la aku nie...jenis last minute baru nak prepare..

- Balik umah sempat makan masakan mama lagi tuh..Wahh ada kerang masak kuning lagi...yummmyyy.. (ehh point ini anda boleh abaikan okay)

- Bersiap untuk berangkat ke destinasi yang ingin ditujui (WEDDING UDIN).. Oppss tapi terbabas plak ke pejabat imegrasion untuk buat border pas. So tempoh mahu siap cuma lah 15minit sahaja.. Dan anda dapat menggunakannya dalam tempoh 6bulan(bleh kuar masuk sampai ke hadyai la pasnie..hahaha animalshow kaa..opsss, terlebih sudah)

- Sampai ke destinasi tepat pukul 4.45pm (waahh 20minit bleh sampai dengan mengikut tafsiran Miss GPS laa)

- Berjumpa dengan sahabat lama semasa di kolej.. waa ada yang dah berumah tangga, dan ada yang dah ada anak..Aku? tunggu laa..bila tiba nanti aku bagitahu kay...(sebenarnya tak ramai yang aku jumpa..cuma iwan & k-own je. Yang lain dah pulang lagipun aku tiba lambat lohh.. *sob..sob..sedih)

nota kecil : ini merupakan pengalaman pertama aku membuat border pas dimana besok aku mahu ke negara jiran (thailand). Tak pasti sama ada ke danok atau ke sempadan padang besar..Waaa mahu nyanyi lagu amy mastura laa..HAPPY..

Tiada ulasan:

nuffnang