nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 29 Januari 2010

Kenangan Lama muncul kembali...

Selepas aku dan family aku berpindah ke kedah. Aku tak pernah ketemu kembali dengan kawan-kawan aku ini. Setelah 11tahun terpisah, akhirnya aku ketemu semula dengan mereka. Kami sama-sama menuntut di Pulau Pinang. Mereka merupakan kawan semasa aku di tingkatan 1 sampai hari terakhir aku di sekolah mad nor (okay tuh nama singkatan tapi nama panjang SMDHMNA- Sek Men. Dato Hj mohd nor ahmad..haa panjang kan nama sekolah aku nie..)

Kalau tanya sekolah aku tuh...sure la semua penduduk kat area gelugor tuh tau. Cam mana bertuahnya budak-budak kat situ..Ada pelbagai jenis kategori kaki kat situ...kaki gadoh, kaki lepak, kaki pukul, kaki skodeng, kaki sembang..macam-macam kaki la...(Agak-agak Aku kategori yang mana satu ekk?).

Okay-okay back to the topic. Aku jumpa ngan mereka (ju, wida ngan saadiah) kat facebook. Apa yang buat kami rapat?

 Kami (sebenarnya dalam group kami ada dalam 10orang. Aku baru jumpa ngan diaorg nie je..) rapat akibat join persatuaan pandu puteri & satu kelas plak tuh..Bila cikgu tak datang ke atau gap antara satu subject..sure la kami akan berkumpul ramai-ramai kat belakang kelas (siap dok atas lantai wey..kenangan siot). Buat aktiviti sembang. Tak cukup jumpa time kelas. Time aktiviti/ persatuaan pun akan jumpa lagi..Bukan setakat tuh je..lepas waktu sekolah. Kami akan jumpa di sekolah pukul 4.00petang aktiviti kawad kaki pandu puteri..

(Patut pun time tuh aku kurus kering gila..)

Bukan setakat tuh je..Time nak ponteng sekolah pun...Semua akan ponteng ramai-ramai...(Okay, aku bukan ketua kumpulan...tapi selama ponteng kelas tak penah skali pun tertangkap..kira otai habis laa...) . Ingat balik dah ponteng bukan balik rumah terus.. Tapi sempat lagi tuh singgah makan kat gerai makan dekat market (pasar) taman tun sardon tuh..

Ingat lagi, bila time apa-apa hari la( cam hari guru, peyampaian hadiah). Sure kami akan datang sekolah woo...

Memang terkenang kembali laa kenangan di waktu sekolah... Terkenang balik semasa aku nak pindah ke kedah... Gilak, semuanya kontrol cun habis la tak nak nagis sampai habis waktu sekolah..Alih-alih sorang dari group kami nagis (sapa ek...Ohhh ingat sapa lagi kalau tak roeda..hahaha)...Habis semua pun nagis... Kelakar kan... Aku ingat lagi waktu nak pindah, aku memberontak tak nak pindah/ ikut family aku. Siap bagi cadangan banggang nak stay kat hostel. Tapi time tuh pak ketua agak garang dan aku terpaksa akur dengan kehendak pak ketua..

Semua tuh kenangan.. Dan kini semua dah kawin, dah ada anak lagi...Cuma aku je blom kawin...Tunggu ekk...Nanti aku join persatuan ibu-ibu sama-sama ngan korang ekk..hahahaha

nota kecil : psstt...Aku masih simpan lagi baju pandu puteri yang berwarna biru tua tuh..(Siap time tuh pakai skirt lagi..)..bila nak buat reunion...bleh hinggaq macam dulu-dulu lagi dak weii...hahaha

Tiada ulasan:

nuffnang