nuffnang ads

ads sense

Rabu, 3 Februari 2010

Saya akan patuh pada tuan saya...

Buat pertama kalinya, aku setuju dengan pandangan/pendapat dari Mr. Y. Pendapat terhadap seseorang bernama SAHABAT..

Dia menyuarakan yang aku memang tak punya sahabat..Aku cuma punya ramai kawan sahaja..Tapi nama sahabat langsung tak ada dalam senarai hidup aku. Dia telah menyenaraikan setiap satu ciri-ciri seseorang yang mampu kita gelar dia seorang sahabat...

1. Susah senang sama-sama harungi
2. Setiap rahsia dikongsi bersama
3. Tidak punya perasaan hasad dengki
4. Menjadi pendengar setia


 Banyak lagi yang disoal pada aku..Cuma aku pertikai akan kepastian yang dijelaskan oleh Mr. Y. Aku tetap nafikan yang aku memang punya kawan baik. Bila disoal lagi. Aku terkedu...Soalan yang diajukan oleh aku cuma.. Kenapa bila aku susah tak sorang mendengar keluhan aku. Dimarahi lagi ada la...Adakah itu namanya seorang sahabat... Dengan soalan tuh aku sukar untuk menjelaskan... (okay aku tak macam Mr. Y, yang punya sahabat karib yang dah bertahun-tahun kenal..)

 Mr. Y faham..aku sukar untuk menyakitkan hati seorang kawan..Memang kesemua kehendak kawan aku, aku turuti sehingga ada yang mengambil kesempatan terhadap aku. Contoh yang ketara aku ingat. Masa kesemua kawan aku masih melanjutkan pelajaran. Hanya aku seorang yang berkerja. Masa aku terlalu singkat. Tak seperti mereka yang menuntut. Aku dikeji atas alasan tak punya masa asyik kerja sahaja..Orang lain pun kerja..tak macam ko asyik memanjang sibuk je.. Tapi bila mereka sudah berkerja. Bila mahu berjumpa, Haa setiap alasan yang diberi..Ahh! aku sibuk la kerja..Korang tak faham kerja aku cam mana...Itu la ini la..?

Kenapa masa aku dikeji? Kenapa masa diaorang aku berdiam saja...Okay demi menjaga hati kawan kan...

Masa diaorang mahu tunang... Masa tuh aku kerja..Aku diarahkan untuk bertugas pada masa itu.. Tapi, aku langsung tak mahu menghampakan perasaan kawan aku. Aku terpaksa menipu bos aku demi menjaga hati dan perasaan seorang sahabat. Langsung aku tak kecewakan perasaan mereka..

Masa mahu kawin. Aku habiskan cuti aku demi seorang kawan yang ingin melangsungkan perkahwinannya di seberang laut. Aku mengambil cuti yang agak lama untuk ke sana..Pelbagai rintangan yang ditempuhi atas sebab waktu yang ingin kawan aku langsungkan masa tuh cuti sekolah. Semua hotel / chalet sudah penuh...Kat mana kami tinggal...ha dirumah tumpangan..ishh rasanya masa tuh kalau kena rush mesti kami semua kena angkut sama laa... Tapi langsung aku tak peduli akan masa tuh, demi kawan punya pasal nak kawin mesti la diaorang nak kawan-kawan ada disisikan...

Tapi masa aku? Alasan aku kerja laa...bagitahu lambat sangat (hello aku bagitahu dua bulan sebelum kenduri lambat lagi ke..habis mahu bagitahu dua tahun ke????)..Tapi aku buat kenduri hari sabtu..bukan terpaksa naik bas pun..cuma naik ferry seberang laut je.. Masa ko kawin kami naik bas ngan ferry ada ko pikir masa kami???bukan masa cuti kay...


Dia cuma berpendapat, kenapa masa kawan-kawan aku melangsungkan hari istimewa mereka dia tak pernah bagi alasan. Akur sahaja kehendak aku atas alasan aku demi kawan. Berapa kali aku bertekak dengan Mr. Y sebab dia memang tak nak ikut.. Aku tetap paksa dia, aku cuma bagi satu sebab sahaja.. Bila time turn kita nanti diaorg pasti akan datang dengan pasangan diaorangkan.. Tapi???? 

Setelah aku bertengkar besar dengan Mr. Y akhirnya aku akur dengan keputusannya. Aku cuma ada seorang sahabat. Hanya dia sahaja yang faham akan perasaan aku..Hanya dia sahaja yang akur pada kehendak aku. Hanya dia sorang sahaja pendengar setia bila aku punya masalah...Hanya dia sahaja yangtak pernah memberontak bila aku mahu dia ikut aku...Dimana aku pergi dia setia menemani aku...

Aku hanya punya Mr. Y..Dia sahaja teman/sahabat/tempat akubergaduh/bakal suami aku(insyallah)...Mulai sekarang aku akan jaga/turutinya...

nota kecil : Adakah kawan anda menggangap anda sahabat mereka? Atau cuma untuk kesenangan sahaja? ...

Tiada ulasan:

nuffnang