Ahad - 14 Mac 2010
Dah lama aku tak menghabiskan hari-hari bersama-sama Mr. Y. (Alah dalam ertikata shy-shy cat : apa lagi kalau tak dating. Apa ingat orang2 muda je ke bleh dating. Eh, aku bukannya tua sangat pun kan?)Semalam kami dua habiskan setengah hari kami di PWTC. Wahh, apa ke hey bikin disana?
Sebenarnya aku plan nak tengok PAMERAN PENGANTIN 2010 last minute. Actually minggu-minggu sebelum tuh aku ada terdengar akan iklan di corong-corong radio . Dan kes aku kunjung ke rumah Erni (my dearest friend). Dia ada cerita bout pameran pengantin dan membuatkan otak aku refresh balik akan iklan di radio). Membuatkan aku ajak Mr. Y ke PWTC. Alah nie pun kes mahu cuci-cuci mata sama kan. Tengok fashion-fashion yang terkini. Survey-survey harga photography.
Sesampai di PWTC (Owh sebelum tuh kami terpaksa mengharungi liku-liku kesesakan jam. Dan kesibukkan manusia mahu parking. Pehh, agak merimaskan jugak kerana parking tak de langsung. Dengan jasa baik abang parking. Dia telah membantu kami. Yea thanx abang parking. Abang parking memang baik hati. Sorry i cannot give kiss to you..). Sambung balik cerita. Bila masuk ke bangunan PWTC. Kami agak gumbira & excited sebab ada pelbagai pameran kat situ.
Biar aku senaraikan mengikut permintaan ramai / kunjungan orang ramai.
1. MATTA FAIR
2. PAMERAN PENGANTIN
3. PAMERAN FOTOKEM
4. PAMERAN NTAH - Cuma jual baju-baju branded for men. Sorry to say ianya agak mahal jugak la harganya.
5. PAMERAN TEMUDUGA - Owhh sorry tak masuk but dari luar macam orang ramai agak tak interested nak masuk. (Mungkin atas alasan besar. Diaorang lebih pentingkan percutian dari kerjaya.)
MATTA FAIR
ENTRY - RM3.00 per person.
Tujuan : Kami mahu survey the price for our holiday. Tapi tak book pun. Sebab valid only for 6months. Bila dah masuk. Tengok semua tempat. Dah, setan menghasut kami. Memang dasar tak pernah nak tepati janji. Haissh semua pun mau pergi. Mr. Y memang pening kepala sebab harga memang berbaloi. Dan dia mahu pergi for next Matta Fair. So next matta fair baru pergi booking. (Insyallah)
PAMERAN PENGANTIN
ENTRY : FREE
Lepas dah mengimpikan tempat untuk nak bercuti (Baru berangan blom jadi kenyataan lagi. Biasa la berangan buat kita hilang stress, Bleh dak terima alasan nie.) Kami beralih ke our next pameran.. Yup Pameran Pengantin. Bila sampai di pameran tuh, terus terasa kegatalan dan keinginan mahu menamat zaman bujang bulan depan (boleh dak cam tuh).
Macam-macam ada kat situ. Dari baju pengantin sampai ke catering semuanya ada. Siap kami sempat menjamu selera. Woo..makan free sapa tak mau kan (Aku tak makan cuma Mr. Y je muka tak malu. Ambik makan. Memang dasar perut lapar. Malu letak tepi la doh). Aku agak kagum dengan photographer malaysia. Memang boombastik la gambar-gambar yang dicapture. Memang tak tahu mana nak pilih. Pergi depan cantik. Pandang ke belakang ada lagi yang cun. Toleh ke kiri. Uihh lagi meletup. Haisshh.. Kalau tanya pasal harga. Senang aku cakap tepuk dada tanya
PAMERAN FOTOKEM
ENTRY : FREE
Agak teruja. Gila doh time masuk pameran nie. Kesemua fanatik gadget. Berasak-asak mahu tengok akan harga yang ditawarkan. Termasuk aku. Tapi agak kecewa. Sebab camera yang aku impikan. Memang murah. Tapi ongkos yang dibawak agak tidak mencukupi. (Sebenarnya aku pun tak tau akan kewujudan pameran nie. Kalau dari awai aku tau. Sahih aku dah bawak duit cukup-cukup kay). *EMO
PAMERAN NTAH
Okay malas nak tulis sebab ini bukan pameran. Cuma jualan murah for guys only. Jualan murah tak jugak. Sebab harga semuanya over RM50. So apa mau tulis. Damn just ignore kay.
Agak lama dok di PWTC akibat cuaca hujan. So makan ice-cream pun sedapkan. Mr. Y belanja aku dengan membeli ice-cream Kit-kat. Gosh sejak kenal ngan dia (almost 4years) nie baru first time dia belanja aku makan ice-cream. Damn nak nagis doh..*SOB..SOB..SOB.. Sampai adik kat sebelah aku dok jeling-jeling kat aku mungkin dia jeles sebab aku dapat makan ice-cream. Ice-cream kit kat lagi tuh... (perangai..tak bleh blah).. Owh before that. Dalam ramai-ramai orang yang kunjung kat situ bleh plak terserempak ngan Erni. Goshh..memang kecik plak PWTC tuh kan...
Lepas je hujan reda. Kami just drop by kat rumah kak chak. Since dah nak masuk sebulan agaknya tak ke sana. Mau gak tengok cam mana keadaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan