Damn...dah seminggu asyik mengadap santapan bihun sup je..Nie gara-gara mau kecikkan badan. Bukan sengaja mahu kecikkan fizikal nie.
TAPI???
Hakikatnya, aku mahu menyahut cabaran MR. Y, dimana dia mencabar aku agar aku dapat mengecilkan perut ini. Banggang nyer cabarankan..
Bukan dia (Mr. Y) tak suka orang yang berbadan besar. Dia memang benci orang yang berupa rangka. Bila aku keluar ngan dia mesti dia nak ngumpat manusia yang berupa rangka. Aku cakap aku suka apa cam tuh. Terus dengan renungan yang agak tajam yang mampu menusuk ke jantung aku. Uihh mak aihh aku terus terdiam dengan kata-kata dia "Jangan awak cuba nak kecikkan badan tuh, awak tahu yang saya tak suka kan..".. Erkkk alasan ke? atau betul-betul dia tak suka..Ahh malas la nak pikir.. Tapi kenapa dia cabar aku kan..?
Ohh, berbalik pada cabaran tadi, sebenarnya dia cabar aku sebab aku sering complain yang perut aku seperti orang ngandung tiga bulan (ehh mana aku tahu perut orang ngandong macam nie kan). Akibat complain-an aku yang sering merimaskan dia. Dia telah mencabar aku. Dan aku dengan bongkahnya menyahut akan cabaran itu. Memang egokan aku nie?Dan aku dengan bangganya telah memberi cadangan banggang yang aku akan cuba dalam tempoh Enam bulan..Waahh mak datuk.... Apa aku nak buat nie..
Dengan berbudi pekerti, Mr. Y membantu aku dengan mencadangkan agak kami berjogging / lari-lari anak. Ini untuk stemina kelak (cheh ayat tak bleh blah).
Dan, sepatutnya dua minggu lepas aku ngan Mr. Y harus melakukan aktiviti riadah (berjogging/ lari-lari anak). Tapi dengan alasan yang kukuh..
Minggu Pertama - Cuaca terharu bila aku tekad nak jogging. lalu dia menagis mengeluarkan hujan..So aku agak hampa dan kecewa masa tuh. Lalu aku postpone hasrat aku ke minggu ke-dua
Minggu Kedua - Ohh, kaki aku pulak cemburi pada diri aku lalu dia mengeluarkan satu perasaan yang dipanggil "KRAM"(ohh maaf aku terlupa bagaimana nak eja). Ambik kau, dia bagi aku sakit selama 4hari. Haa....So terbantut lah harapan aku buat kali nie.
So dengan perasaan hampa, aku cuba untuk mengurangkan dari segi pemakanan. Okay bukan kurang mana pun. Cuma aku cuba untuk tidak menyentuh nasik. Pada mulanya, agak kekok tapi dengan usaha untuk membasmi nafsu makan aku. Alhamdulilah aku dapat jugak mengakisnya.
Godaan? Terlalu besar. Bila semua orang makan nasik. Aku cuma minum air kosong (agak kedekut jugak kan bila orang memandang aku disekeliling). Dengan bau lauk pauk yang menyelerakan. Memang aku terasa godaan terlalu tercabar. Bila orang di sekeliling aku cuba untuk menjatuhkan hasrat aku nak kecikkan fizikal nie.
Moga-moga usaha aku nie dapat diteruskan selama Enam Bulan. Apa??? Jangan tanya aku mampu atau tau. Cuba aku doakan aku dapat teruskan cabaran Mr. Y pada aku. Insyallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan