nuffnang ads

ads sense

Selasa, 2 Mac 2010

Padah Yang Menimpa..

Sunday - 28 Feb 2010
Hari dimana aku mendapat ketenangan yang secukupnya..Ohh! pelik ke bunyi ayat aku tuh?

The truth is dua hari lepas merupakan hari nightmare aku. Nightmare? waa..dua hari tuh aku tak dapat tido dimana aku harus menyiapkan sebijik teddy bear, 50 bijik cupcake for birthday dan 16 bijik cupcake for wedding.  Okay pengajaran yang aku dapat, JANGAN BUAT KERJA SECARA LAST MINUTE...Padah yang menimpa haa..tak boleh tido selama dua hari..Dan akibat yang aku perolehi Kaki aku kram sampai hari nie..  Ohhh..tetiba emo pulak..

So, semalam aku dengan bersuka ria dapat meluangkan masa dengan Mr. Y... So, kami menghabiskan masa ke One Utama. Dengan reason yang besar. MAU SURVEY BARANG For our Big Day nanti.. Wahh awalnya mau survey..Okay, aku dah bagitahukan Jangan Buat kerja secara Last Minute..hehehe..nanti muka kita jadi serabai kalah Cik Ponti..kan..Masa di One Utama..

I found that one of the Nine West Handbag memang perfect la for me (perfect sangat ke). Tak terlampau besar and tak terlampau kecik. Leather...  It's New Arrival and the Price...errrkkk RM300++..Okay tunggu nanti sales kay..Then i will grab it..Itu pun kalau la ada lagi.. Mr. Y pulak gie  survey kasut Converse.. Dia suka pada one of the shoe. Aku cakap tunggu sales la baru bajet tak lari...Hehehe (bukan kemut tapi mahu berbelanja dengan bijak so that duit yang selebihnya boleh buat benda lain kan..Am i right?..)

Okay, lepas dah berpusing-pusing di One Utama dengan kaki yang semakin berdenyut-denyut kesakitan, kami ke rumah kak cik to take my things. Before nak ke rumah kak chik mahu singgah makan kat our favourite kedai makan nie kat AU3. Tapi hampa, dah habis pukul 7malam lagi (See, kan aku cakap sedap kalau dak tak kan kol 7 dah habis...kan). Ohh Kenapa kami suka sangat makan kat situ?

1. SEDAP
2. The Only Nasi Lemak Kedah di sini (Tak payah dah turun alor setar semata-mata nak makan nasik lemak abang)
3. Taste dia macam Nasik Lemak Abang (Ohh..one of my fav nasik lemak kat kedah)
4. Combination kuah/gulai ngan nasik memang sesuai sangat-sangat..
5. Last..Aku nak cakap.. Umpppppphh..

Okay, kedai makanan nie (Ohh lupa nama but yang kami tau Nasik Lemak Jalan Langgar)terletak kat area AU3 near by Petronas.. So pandai-pandai la korang carik..hehehe..

Lepas, dah makan & dah ambik barang from rumah kak chik. Kami beransur pulang. The best part. Sesampai je kami kat Tol MRR2. Time nak bayar aku tertoleh melihat kelibat tangan dan sebentuk cincin. Dengan spontan Mr. Y cakap kat budak tolgate tuh "Wahh, besarnya cincin"

Aku pun cakap kat Mr. Y.
"Eh betuahnya that girl. Mesti En. Tunang or En. Balak dia sayang kat dia kan. Kalau tak, tak kan dianya partner nak bagi cincin sebesar tuh. Uihh batu pun besar..Ishh..betuahnya dia"

Mr. Y jawap.
"Hahahaha, besarkan batu. Uihh En. Tunang dia memang sayang kat dia...tapikan Ayg. Ayg tak nampak ke tangan tuh tangan pompuan atau laki.?"

Aku : "Eh pompuan la..tuh cincin cam cincin pompuan.."

Mr. Y Balas : "hahaha..hat tadi tuh laki la sayang oit..cincin pun cincin laki. "

Aku terkedu. Nak selamat kan diri aku cakap..
"Laa laki kaa..Alamak..(Dengan alasan..)Jangan laa marah, saya tak nampak laa..hehehehe (Alasan yang kukuh kan cermin mata aku patah so tak nampak laa..hehehe ayat nak selamatkan diri)"

So pengajaran yang aku pelajari. Jangan Patahkan Cermin mata anda.Ini la padahnya kalau tak dapat bezakan yang mana tangan laki.Yang mana tangan pompuan...

Tiada ulasan:

nuffnang