nuffnang ads

ads sense

Rabu, 10 Mac 2010

Hari-hari gumbira...

TEPAT PUKUL 1:22PAGI,
Aku masih lagi di office. Perlu menghabiskan ke-semua kerja-kerja aku.  Hari nie juga merupakan deadline kami. Oh deadline merupakan tempoh untuk kami selesaikan semua kerja-kerja kami sebelum majalah kami dihantar untuk dicetak.

SEPATUTNYA HARI INI,
Aku perlu tolong kak chik siapkan cupcake customer sebanyak 32bijik. Tapi aku terpaksa menolak demi kerja aku. Hampa..

Demi kerja aku juga, aku terpaksa membiarkan Mr. Y menunggu aku di pejabat. Agak sudah sejam dia tunggu di situ..Kejam kan aku sebagai Ms. T. Harap dia masih faham akan kerja aku nie..

Demi kerja jugak, seluruh badan aku masih berbisa. Aku rasa dah masuk seminggu bisa-bisa kat badan nie. Ehh, bahaya ke heh?

Semua nie demi kerja...Aku bukan mengomel..atau menyesal kerana memilih bidang ini.

Ini memang kerjaya yang aku impikan. Cuma sebenarnya aku mahu kongsi akan hasil kerja yang telah diapprove oleh editor aku..Yeaa...aku suka..aku suka..(*aku masih berpijak dibumi yang nyata kay)


Oh, berita mengembirakan aku.. Mr. Y dah dapat kerja sambilan. Lepas nie aku tak perlu risau. Aku jugak tak perlu mereka-reka cerita untuk membimbangkan Mr. Y. Jugak aku tak akan punya syndrom mental andartu.. Sebab lepas nie aku dah boleh KAWIN..Yeaa MAK, ANAK MAK NIE DAH NAK KAWIN LAA..(*chisshh gatai ehh minah sorang nie)..Bleh diterima tak macam nie...Nasib pak ketua dan isteri tak pandai guna enchik tenet. SO adakah aku dalam kategori SELAMAT..Ohh, mungkin tidak..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kisah Family Gathering - 6th March 2010
Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Kehadiran tetamu, kali nie agak memberangsangkan. Semua anak-anak mak teh termasuk family aku datang. Oh Kecuali cik ah and papa je tak datang. Ini merupakan gathering kali ketiga. Bukan senang nak kumpulkan semua family. Kan.. So dengan cara nie kami dapat berkumpul.

Juadah kali nie agak banyak. Ada Carbonara and Olio, brownies, char keoy teow, bihun, dadih etc. Alhamdulilah semuanya habis dan mendapat sambutan yang hangat (*memang family kami jenis kaki makan. tak risau la kalau makanan habis. Kalau tak habis agak membimbangkan jugak la kan..)

Aktiviti. Macam biasa gossip tuh pekara wajib. Gurau senda. kutuk each other....At the same time's, bincang akan juadah for next gathering. It's Malay Food (Yummy makanan kampung best). Yang kelakar, bila mak teh nak masak macam-macam juadah. Tak bagi chance kat orang lain nak cakap..(Ini la family kami...riuh rendah). Lepas perbincangan semua orang agree with what they want to bring. So kali nie aku pun turut menyumbang.


nota kecil : lambat publish dohh...atas urusan yang perlu aku uruskan.

Tiada ulasan:

nuffnang