nuffnang ads

ads sense

Isnin, 5 April 2010

LAGENDA BUDAK SETAN..

Aku pasti sesiapa yang seusia dengan aku, pasti tahu akan novel-novel tulisan dari saudara Ahadiat Akashah. Kesemua hasil tulisan novel beliau memang mendapat sambutan hangat pada zaman aku dulu. Aku tahu bila dengar je ada keluaran novel yang terbaru mesti kesemua gadis remaja (okay bukan setakat perempuan je, laki pun ada yang beli tau..) mesti begegas ke Popular Bookstore (masa tuh tak da lagi MPH) untuk memiliki novel-novel keluaran beliau.

Contoh novel yang pernah aku miliki sehingga kini, Pilot Cafe, Hikayat Cinderella, Sekuntum Bunga Sekeping Kad dan Seraut Wajah, Lagenda Budak Setan. Ada jugak laa yang aku pinjam dari kawan-kawan or library.

Memang tak nafikan kalau baca je novel-novel beliau, kalau tak keluar air mata memang tak sah la.. Aku nie sampai skrang kalau baca lagi novel-novel beliau. Sure tangkap leleh la dan akan menghayati cerita tuh atau imagine hidup aku macam dalam cerita (haa tuh pasal aku slalu baca time nak tidor..hehehe). Memang dasatkan, biasa favourite kalau bab anggan2 tuh kan..

Guess what, salah satu novel Ahadiat Akashah, akan diadaptasi ke layar perak (filem). Filem Lagenda Budak Setan akan ditayang pada tahun nie 2010 pada Jun 3hb. Barisan Pelakon : Farid Kamil, Lisa Suriati, Que Haidar, Raja Farah, Fazura. Meh aku kongsi sikit sinopsis cerita nie (diambil dari Sinema Malaysia)

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. 

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak....

Apa kesudahan cerita Kasya dan siapa pula katrina dalam hidup kasya. Jom semua kita gegarkan pawagam nanti. Hahaha (saja buat susupen kan...)

Harapan aku cuma satu, hope filem nie setanding ngan novel (tak menghampakan). All the best for this movie..

Meh layan promo cerita nie.



nota kecil : akan pujuk Mr. Y gie tengok laa cerita nie..hehehe

1 ulasan:

niny berkata...

I can't wait to watch this movie. soundtrack dia pun tangkap leleh. mmg masyuk tgk trailer movie ni. wawawa..

nuffnang