Dah lama tak menaip kat sini. Terasa agak kekok jugak nak mengarang kata-kata buat belog aku nie.
Hari nie aku punya masa untuk merehatkan badan. Berehat dari melakukan pelbagai aktiviti deco cake / cupcake sebagai pembantu kak chik. Owh, sebenarnya hari nie aku berjanji ngan kak su nak ke Pasar Tani Shah Alam. Tapi tak kesempaian. Bukan apa, terbabas akibat terlebih masa tido..Hahaha (sama ngan kak su, janji nak ke Pasar Tani Kol 7.30pagi, alih-alih terbangun kol 9.00pagi) So tukar plan ke Tesco.
Pada mulanya, plan nak survey meja untuk kami melakukan aktiviti-aktiviti mendeco cupcake. Alih-alih beli benda lain. Alasan - Harga meja terlalu mahal over RM100..Erkkk Budget dalam RM50..(ada tak meja yang harga dalam lingkungan nie erkk).
Tengah hari plak, kak azah nak datang tunjuk Kain from dubai... Peh masa kak azah datang; aku, kak su ngan kak chik dah dapat syndrom rambang mata.Peh berbinau mata tengok kain-kain yang dibawa oleh kak azah semuanya cantik-cantik belaka. And the price memang affordable. Jenis kain terdiri dari chiffon dan silk. Alih-alih aku choose chiffon, green color lagi. Okay this kain i will make for this coming hari raya..
Time petang, teman kak chik ke Vietnamese Restaurant (Du'viet) kat area uptown damansara. Cam biasa aku order Spring Roll & Kopi Vietnamese. Yummy dapat diet hari nie (opss terlupa tadi siang aku dah bantai mee goreng at Idaman apa kes..hehehe)
Okay la, next entry kalau ada kesempatan aku nak update gambar-gambar cupcake yang telah aku buat. and lupa aku jugak akan update my first mini cakes..Tunggu ekk.
nota kecil : besok kena prepare bunga for 150pcs cupcake for wedding...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan