nuffnang ads

ads sense

Rabu, 28 April 2010

Kerana Adat..Semua jadi serba salah...

Sebelum melangkah ke tahap yang pertama. Aku sering terima persoalan yang sama berulang-ulang kali.. Soalan yang sering diajukan pada aku sebelum nie ialah "BILA MAU KAWIN"... "HAI, DAH ADA CALON TAK HINGGIN NAK KAWIN KE"



Aku tak faham, kenapa soalan-soalan nie patut diajukan pada perempuan. Setahu aku, perempuan tak de hak untuk meminang anak teruna orang lain.

Aku rasa kalau tak de adat lelaki masuk minang, sure dah ramai anak-anak gadis diluar sana dah masuk minang anak teruna idaman mereka kan. Tapi kerana adat, ramai anak-anak gadis terpaksa menyekat keinginan mereka untuk berkahwin di peringkat muda. Betul tak.

Tak boleh-tak boleh, lepas nie garenti semua lelaki kat luar tuh naik lemak laa. Sebab bagaikan menanti baldi mencari kolah/perigi/bath tub.

Kalau nak kata tak laku, uihhh mananya tak laku. Tuh haa kat belakang tuh dok menunggu-nunggu peluang nak couple ngan kita kan.... Nak kata memilih sangat ish tak la jugak sebab calon dah ada.  Nak kata calon tak de duit. Eh ada, cuma nak carik duit hantaran sampai 20ribu. Mana nak cekau kan.

Bagi aku, bukan aku nak salahkan orang tua kita 100%. Cuma bagi pendapat aku laa, bagi aku la kan tak tau la pendapat korang macam mana...Kebanyakkan parents kita nie kekadang letakkan belanja / hantaran terlalu mahal. ye la, mana nak cekau duit sebanyak 20ribu. Bukannya, anak gadis diaorang tuh usia tak la semakin muda budak baru lepasan SPM. Haa kat muka dah berkedut-kedut tuh...Habis kenapa perlu disoal pada anak-anak gadis akan soalan bila mau kawin...

Kekadang tuh tak sampai hati aku nak tengok, begitu dasyatnya hantaran yang diletakkan secara tak logik. Okay fine alasan belanja pada zaman sekarang terlalu mahal. Ye aku faham. Apa tak berhati perut ke parents-parents nie letak belanja yang tinggi bagi beban yang berat pada si bakal suami kepada anak diaorang tuh. Apa salahnya berbelanja la sikit demi anak tuh. Haa nie tidak.. Lepas  si lelaki cukup kumpul duit sebanyak 20ribu (tanpa extra money pun untuk selepas kawin), lepas  je kawin haa si anak sendiri pula yang sengsara sebab si suami tak cukup duit  atas alasan demi nak bayar duit loan yang dipinjam tuh..Lepas tuh hubungan yang dulu bleh mencekau 7tahun alih-alih diakhiri selama 3 bulan dalam dunia perkahwinan. Ish selisih laa malaikat 44..
Pasti ramai kekadang tuh naik jemu jugak la bila mau balik kampung atau ke mana-mana function yang ada mak cik-makcik nie. Mesti tak de soalan yang nak ditanya. Sahih soalan cepu gangsa tuh juga ditanya dulu..

Hello, boleh tak soalan pembuka kata tuh dimulakan dengan bismillah  nama apa? kerja mana. Bos bagi gaji tinggi ke tak..nie jumpa-jumpa gedebuik soalan cepu gangsa. Kalau jawap dapat duit tak kisah laa... Tapi bila jawap belum.. Nahaiii, sebijik disoal pulak dengan umur berapa.. Lepas tuh di balas pula "Laa, dah nak masuk angka 3 (ehh lagi 2tahun) dah, tak kawin-kawin lagi ke"

Aku faham, mesti ramai yang agak bengang bila disoal sebegitu rupa.. kan...Sebab aku pun penah rasa apa yang korang rasakan. Dulu ustazah aku penah cerita kehidupan / jodoh / kebahgiaan seseorang manusia nie perumpaan seperti jambatan. Kalau lewat dia kawin tak semestinya seseorang tuh tak punya kebahgiaan. Mungkin dia akan kecapi kejayaan dulu kemudian di hujung jambatan baru ketemui jodohnya. So kita tunggu je dan kecapi kesemua kejayaan kita. Yang pasti setiap manusia akan mempunyai kebahgiaan. Insyallah.

So, bagi aku, korang jangan la takut . Korang jawap je "Mak cik, saya dah ada calon. tapi kami tak cukup duit. Memang kami nak kawin awal. Masalah kami hanya pada wang. Mak cik boleh  tak support perbelanjaan kami. Sebab calon saya nie kurang duit sebanyak 20ribu je lagi. Boleh kan mak cik.". Garenti lepas tuh ia akan tukar topic yang lain. Tak caya cuba la.. (*senyum)

Kalau yang belum jumpa calon. Korang jawap macam nie "Eh mak cik ada anak teruna kan. Haa boleh la calonkan dengan saya. Tak gitu" hehehe...

1 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tu la masalahnya setengah mak bapak ni melampau2 plak. Hantaran nak sama macam Erra Fazira, Siti Nurhaliza - masalahnya anak hang tu popular ke? Macam dowang tu takpe la.... Dato' yang pinang, orang2 kaya. Ini yang nak minang gaji takat 4 angka je. Berpada2 la...

Tapi tak semua mak bapak mcm tu. Diakui belanja kahwin sekarang mmg mahal. Setakat 20k, boleh buat majlis simple sederhana je. Kadang2 ada mak pak idamkan majlis grand... nak jemput bos, sedara mara jauh, jiran2 lama.. jadi kalau nak grand sgt, berkorbanlah sikit, kuar duit sendiri. Tu bukan anak lembu yang nak kahwin tu - tu anak ko juga!

nuffnang