Ahad - 16 May 2010
Selama nie aku tak pernah melakukan perkara sebodoh nie. Perkara bodoh dimana aku telah memberi cadangan untuk berjalan dari Masjid Jamek Ke Bukit Bintang... Gila kan, dah ada transport yang disediakan (LRT, bas atau teksi) tak mo pakai..
Alasan : Aku sayang ibu bumi..(tambah) mahu menguatkan tapak kaki dan sendi ini..
Dengan cadangan bodoh ini gak, ada plak orang mengalakkan dan sanggup menyahut cabaran dari orang yang tak pandai nie (orang tak pandai aku la, orang yang berani sahut cabaran - Mr. Y).
Dengan Alasan yang diberikan pada aku : Sanggupkah aku?
Bukan pantang kalah la kalau dengan nama nana nie. Aku dengan rela hati (tambah) ego yang meluak-luak nie. Dengan slumber menongak kepala ke signboard berhampiran. Melihat berapa jarak dari masjik jamek ke bukit bintang. Dan dengan angkuhnya cakap " Alah cuma 1.4km je"
Memang dasar tak pandai..Banggang, tuh jarak kalau naik pakai kereta la dol..
So tanpa pikir panjang..Aku pun bergegas dan di-ikuti oleh Mr. Y.. Sampai setengah jalan dan mau termengah-mengah (tambah) kurang penafasan..Dengan ego yang tinggi lagi nie..Aku teruskan jugak, dan akhirnya sampai gak la ke bukit bintang..
Okay, sepanjang perjalanan ke bukit bintang aku rasa cam bangga la..
Alasan : Hello, berani ke rakyat malaysia jalan kaki macam aku nie....Aku rasa bangga sebab sepanjang aku berjalan kaki tuh aku tengok kebanyakkan warga asing je yang jalan kaki...Haaa tuh yang terbangga sat..
Tapi jujur, selama nie aku tak pernah hargai bertapa bestnya aku dok kat kuala lumpur. Kini baru aku tau kat temgah-tengah bandar ada jugak hutan simpanan..Hahaha. Tuh tunjuk selama nie aku tak pernah perasan pun bila aku naik keta...(aku tau korang mesti gelak bertapa kunonya aku kan).
So korang berani ke sahut cabaran macam aku..?? Kalau berani tunjukkan pada aku (dengan nada bangga lagi nie)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan