nuffnang ads

ads sense

Khamis, 9 September 2010

[Raya] PREparation for Syawal

Besok dah nak raya... Aku tengok dah ramai orang asyik sibuk menceritakan akan kisah persiapan nak menyambut hari raya..

Aku plak..macam biasa masih dalam keadaan sahdu sesahdunya..Tapi dalam dok sahdu shahdan, preparation raya masih dikekalkan (dah macam tradisi bila nak sambut raya kan).. Tapi preparation raya aku memang tak sehebat seperti tahun lepas..Agaknya laa..

Dimana tahun lepas, baju raya aku wajib sediakan 2 atau 3pasang baju kurung. Kasut Raya, dan kuih raya. Cuma yang bezanya bagi tahun nie adalah dari segi penjimataan :

1 . Baju Kurung
 Aku beli sehari sebelum raya (bagi mengelakkan macam tahun-tahun sebelumnya tak punya size). Kali nie baru aku tahu, kalau beli awal kebanyakkan baju kurung yang murah masih available berbanding seminggu atau 3hari sebelum nak raya..Mesti baju kurung lebih dari RM100...Okay yang beza bagi tahun nie, penyediaan baju kurung aku cuma beli sepasang je dan kali nie aku dapat baju kurung hanya dengan bermodalkan RM90.

Okay! dengan perasaan yang happy, raya tahun nie mama dengan baik hati telah menghadiahkan sepasang baju kurung kat aku. Aku hope that baju kurung tuh dah siap laa (hantar sebelum puasa, agak-agak dah siap ke blom?)..Niat nak pakai masa ke rumah bakal mak mertua..Hehehe.. Okay masa raya pertama, aku plan akan pakai baju masa tunang aku.

So dengan kesimpulannya, aku dah ada 3pasang baju kurung. Kira save banyak laa compare tahun lepas kan...

2. Kasut Raya
Tahun nie tak beli, sbb kasut lama aku masih elok untuk dipakai. Tapi tengok la, mana nak tau balik kedah nanti pie city plaza tup2 terbeli sepasang. (aku nie payah nak diramalkan dan pantang tengok kasut yang murah sahih grab)

3. Handbag
Last few weeks, pegi ke FJ Benjamin. Niat nak cari barang for my hantaran. Tup-tup terbeli extra handbag (Bleh plak terbeli extra handbag kan..Alasan..alasan). And the handbag aku akan pakai masa my hari raya pertama. Tapi yang sedihnya aku boleh tertinggal my new handbag kat KL..Gedebushhh terasa mau menjerit...

4. Kuih Raya
Pembikinan kuih raya yang aku rasa terover lebih berbanding tahun sudah.. Over macam mana? Over buat kuih raya sebanyak 4jenis. Sebelum nie aku ngan kak su buat cuma 2jenis plus 1jenis biskut leper yang tak menjadi tuh..Kalau tak caya tengok kat sini..Masih mengekalkan biskut mazolla dan biskut arab..Cuma kali ini kami tambah variety biskut kami. Biskut Kelapa turun temurun dan Biskut Sarang Semut. 

Tiada ulasan:

nuffnang