nuffnang ads

ads sense

Khamis, 23 September 2010

Biskut arabku dah teroka pasaran jepun!!

Betul..Betul..tak tipu..biskut arab raya aku dah sampai kat jepun...Tak caya...?? Nak bukti?

 -
-
-
-


Kan...kan..sebenarnya ceritanya cam nie..Abang ipar aku terpaksa beraya di Jepun gara-gara kerjanya yang tak dapat dielakkan (1st syawal kena keja dohh)..Saja nak bagi hangat title diatas je..Hehehe..

So atas permintaan dia yang perlu dilaksanakan dimana setiap sorang perlu bawak satu jenis juadah. So kakak aku (kak su) mintak aku tolong buatkan kuih fav. abg ipar aku nie. Tak lain tak bukan biskut arab. (Yang tahun lepas dia cakap rasa macam da' boom dan memenuhi syarat kuih arab)

Yang baju biru dari kiri tuh abang ipar aku Okay..siap pakai baju melayu..Tabik Spring TEIN laaa pakai baju melayu sama songkok.. Yang perempuan kat sebelah tuh adalah orang jepun..Siap pakai baju kebaya okay..

Siap baca doa lagi tuh...Tanda Hormat..

So tak nak dia kuciwa, aku pun dengan rela hati sediakan satu bekas (uiihh sampai tido tak cukup nie...).. Selain dari tuh, mama pun ada gak packing ketupat daun palas untuk abang ipar aku. Haa laa, first time beraya jauh dari family dia (dari kak su ngan dua kenik).

Rasa-rasanya kalau jepun makan ketupat daun palas, mesti depa kata "haiiipp, wahh ini melayu pun makan sushi masa raya kaa"..(tuh dialog aku yang tambah..nanti aku try tanya abang ipar aku, kot2 ada depa kata cam tuh kaaa..)..

Apa-apa pun aku dah terover rasa bangga yang kuih raya aku dah sampai kat jepun..So apa lagi nana tahun depan buat laa bisness? Muahahahaha...

nota kecil : semua gambar2 nie aku kidnap dari facebook abang ipar aku..

Tiada ulasan:

nuffnang