nuffnang ads

ads sense

Khamis, 2 September 2010

MEDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

Laungan yang aku rasa kita sering dengari pabila tibanya malam 31 OGOS.. Kadang-kadang aku terfikir..apakah maksud Merdeka pada diri kita sendiri.. Okay aku faham apa maksudnya merdeka. Medeka dari jajahan.. Tapi adakah rakyat kita sudah merdeka..

Aku bukan nak mulakan agenda atau kontroversi, tapi sejak semalam terdetik dalam diri aku mengatakan rakyat kita masih belum merdeka.. KENAPA?

  gambar dari Google

1. Bila kita dengar akan lagu patrotik kita iaitu NEGARAKU. Apa yang perlu kita lakukan..?
Okay, kita duduk sambil gosip ditambah pulak gelak tawa bila kawan kita berbicara akan jenaka...Sedangkan dicorong telinga kedengaran laungan lagu NEGARAKU...Adakah ini dinamakan  MERDEKA?

 gambar dari Google

2. Adakah kita hafal lagu Patrotik kita?
Setakat lagu negaraku..Aku rasa mungkin semua dah hafal (tak tau laa plak kalau ada yang lupa.please anda perlu malu pada diri sendiri bila melihat kad pengenalan anda tertulis rakyat Malaysia). Tapi maksud aku lagu-lagu patrotik. Jalur Gemilang, Malaysia Maju..Apa lagi.. Aku mungkin tak tahu akan tajuk lagu..Tapi bila terdengar je lagu-lagu patrotik negara sendiri.. Secara automatik mulut ini turut menyanyi lagu tuh..Kolot kan...Bagi aku tak, sebab aku anak malaysia..aku berbangga akan lagu-lagu patrotik yang dihasilkan oleh penulis lagu negara kita.. Korang?

Kadang-kadang aku tak pasti..Aku malu sebelum-sebelum nie banyak kali jugak laa aku mengikuti sambutan malam hari kemerdekaan.. Aku tengok kebanyakkan anak-anak kecil kita yang tak tahu apa erti kemerdekaan, tapi masih tetap menghafal lagu-lagu patrotik..Uihh siap nyanyi kuat-kuat lagi tuh..Tapi yang manusia dewasa.. Sepi (ada la segelintir yang nyanyi..).. Anak-anak muda pulak nyanyi tapi berperangai terkinja-kinja seperti kera kepanasan..Kenapa perlu kita menari terkinja-kinja? Aku tak faham..Buntu... (*silent)

Tak ke kita terdetik sedikit rasa malu pada generasi anak-anak kita...?

Okay fine, aku kagum pada anak buah aku Norain zahara, yang baru berusia 4tahun.. Tiap-tiap malam sebelum nak tidor dia akan menghafal lagu Malaysia Maju.. Aku rasa kita sebagai rakyat Malaysia perlu la beri sedikit penghormataan pada Lagu-lagu patrotik dan aku rasa kini di setiap siaran Tv dah tak banyak lagu-lagu patrotik berkumandang seperti zaman aku muda-muda dulu..Sebelum nak magrib mesti ada je lagu patrotik tak salah aku di saluran RTM..

nota kecil : sepatutnya entry nie aku publish malam merdeka tapi apakan daya, masa tak cukup...Okay next entry aku nak cerita akan majlis berbuka bersama teman-teman SPM99 pada hari kemerdekaan..

Tiada ulasan:

nuffnang