nuffnang ads

ads sense

Rabu, 19 Januari 2011

Cabaran Pertama

Dah lama kan tak cerita pasal kerja.. Now aku ingat nak ubahkan mood dari asyik bincang / cerita perihal kawin..Aku nak tukar angin dan cerita pasal hasil kerja yang telah aku lakukan.. Chewaah ayat..gile mau glamour tuh..hhehehe

Dah lama aku tak edit picture. Maksud aku dah lama aku tak edit gambar untuk layout editorial. Agak-agak dekat 2tahun kot. Ye la dok asyik ngadap advertisement je skali skala teringin gak nak luangkan masa yang sikit nie untuk design [plus] editing gambar untuk layout editorial.

So tanpa buang masa, one of my write tanya aku nak ke buat layout untuk cover car. Wah dengan semangat yang tak tau dari mana datang aku terus capai cd yang dihulurkan kat aku. Kesemua gambar memang menaik minat aku. Kereta cun..mana tak cun GTR beb..sapa tak suka GTR kan...

So, ini menaikkan minat dan semangat aku nie...Aku cuba buat yang terbaik memilih gambar yang terbaik untuk cover dan jugak pemilihan gambar untuk dimuatkan ke dalam layout turun dijalankan. Cuma masalahnya, kali ini kerja aku tak semudah seperti sediakala. Kali ini, kerja aku perlu ditambahkan dengan lebihan masa. Ya lebihan masa dimana aku perlu edit semua gambar yang mempunyai gadis / perempuan atau muda-mudi skarang panggil hot babe..

Agak mencabar jugak kerja aku kali nie, berbanding kerja aku design advertisement yang mana aku perlu lebih creatif untuk mencarik concept. So, agak teruja jugak laa bila lihat gambar-gambar yang diambil oleh photographer seramai empat orang anak muda. Ya kesemua gambar-gambar mereka memang menarik. Cuma mungkin mereka tak banyak edit atau pun tak edit langsung...  Apa guna kerja aku kan..Hehehe.. So aku nak share salah satu gambar yang telah aku hasilkan buat pertama kalinya...


Yang disebelah kiri merupakan gambar asal. Manakala disebelah kanan pulak merupakan gambar yang telah diedit oleh aku. Penghasilan digunakan secara keseluruhan oleh perisian adobe photoshop cs4. Masa diambil selama 1-2 jam lamanya. Aku tau, masa diambil agak lama. Tak pa permulaan. Insyallah lepas nie dah ariff, aku tak kan ambik masa yang lama untuk edit gambar. Hehehe...

Oh ya, Insyallah kalau tak de aral melintang, aku akan cuba selitkan sedikit sebanyak tutorial tentang graphic dengan anda. Mana tahu ilmu yang kita ada nie bleh kongsi bersama. Betul tak...

Tiada ulasan:

nuffnang