nuffnang ads

ads sense

Selasa, 31 Julai 2012

Adam with his new buddy

Dah sebulan aku tinggalkan adam kat mak tok dia (tok sah cakap aku x rindu hokey.. Rasa macam tiap2 hari nak balik ngadap muka si kecik tuh jee).

Masa memula aku tinggalkan adam kat rumah tok ketua. Mama slalu call kata tiap malam adam meragam nak minum susu badan. Bukan takat tuh je, meragam tok sah cakap la (mungkin sebab 7bulan aku asyik melekat dengan dia kot..mungkin tuh sebab dia susah nak berpisah).

Tapi bila dah masuk sebulan, haishh adam dah mula ignore mama dia. Malah dulu mama dan abah dia merupakan best friend dia but not now. Now dia dah ada his good buddy.. Sapa lagi kalau bukan his cousin si boboyot a.k.a rafiq danish.

Masa dia dengan kami. Kami tau dia boleh nak mengesot dan jugak boleh nak pegang botol sendiri. Tapi haishh, dasar MALAS manja dengan parents dia je.. Tapi bila dok dengan mak tok. Pandai plak nak berdikari ataupun ada competitor?

Bila aku call je Mama (mak tok adam), mesti mama cakap okay now adam dah pandai jadi follower. Contoh : Bila dia tengok rafiq pandai masuk bawah kerusi selang 3 hari lepas tuh, dia pun akan join the club. Haishh...

Sejak aku tinggalkan adam kat kampung. Banyak jugak aku ketinggalan maksud aku. Aku tak dapat nak tengok dia membesar, tak dapat nak capture his first movement (mengesot). Tak pa, tinggal lagi beberapa minggu je adam akan tinggal ngan mama dan abah kay.. Insyallah.. Tapi ayoo mak tok ngan tok abah dah macam bagi hint tak nak let go adam kat mama.. Waaa..macam mana nie tak kan mak tok ngan tok abah nak kata "HAA, LANGKAH MAYAT AKU.." erkkk...

Tak kot... Okay2 jom layan gambar2 kerenah adam masa kat kedah...

Masa dulu. Tok guru malu-malu kucing...

masa nie belum pandai berkawan lagi..Activity cuma tau tengok dan layan youtube je

Bila dah membesar macam nie jadinya bila tok guru mula tunjuk belang mengajar anak murid. 



Mama, tengok adam can do like rafiq...

Ayoo.. apa kes nie, tok guru jumpa dunlop pillow baru.. Haishhh

Tiada ulasan:

nuffnang