nuffnang ads

ads sense

Isnin, 9 Julai 2012

Nervous Jumpa dengan Kekasih Hati...

Minggu lepas aku agak sibuk. Badan nie dah penat sangat. Mana taknya minggu lepas aku kena siapkan tempahan cupcake sebanyak 600bijik (Sabtu 200biji hantar kat wangsa maju, Ahad 400biji kat restoran seri melayu).. Penat masih terasa sampai hari nie. Tapi tak pa berbaloi bila customer bayar, terus penat pun hilang. hhehehehe..

Bila badan nie penat, mula la En. Y bising2 sebabnya dia dah sebab gara2 dia kena jadi tukang urut aku (Best kan, tak yah dah pie massage2 kat kedai).. Hehehhe..

Semalam (Ahad) juga adam sampai kl.. Wah, masa memula nak ambik dia kat rumah kak cik. Aku rasa nervous plak (rasa mcm nak pie interview). Aku cakap kat En. Y, dia pun setuju punya perasaan sama macam aku. Yang best dia cakap, dia nervous rasa macam first time nak jumpa dengan family aku.. HAhahaha, baru cheq tau orang tuh nervous ekk masa nak jumpa ngan papa dulu (gila kaw dia tak nervous kan)..

Kenapa aku rasa nervous? Aku ada beberapa sebab kenapa aku berperasaan macam tuh..

First : Aku takut dia tak kenal dah wajah mama ngan abah dia.
- Alhamdulilah, bila dia dengar sora aku terus senyum dia.. Adoiii menawan hati kalbu.. Tergoda mak..hahahaha. Tuh baru dengar sora, bila dia nampak ja muka aku terus dia ngesot2 datang ke aku.. Terus mintak aku dukungkan dia..Aduhh syahdunya...

Second : Dia akan reject susu ibu?
- Alhamdulilah, masa dalam kereta dia cuba untuk pusing2kan badan tanda nak baring. Bila dah bg baring diselak2 pulak baju aku nie.. Hokay mama faham sebulan adam rindu bau badan dan susu mama kan.. Bila dia bagi, terus tak mau lepas... The best moment masa dia minum susu siap bunyi lagi "mmm" tuh tandanya sedap sangat laa susu mama dia..  En. Y sampai gelak2 bila dengar dia buat cam tuh...

Third : Mesti dia akan confuse dan tak tau nak bezakan puting botol dan breast aku?
Kalau dah tercarik2 dan selak2 baju aku tuh, sure laa adam tak kan confuse.. Try bagi terus di ngap.. apa kes.. Adam..adam.. alhamdulilah lega mama adam tak punya nipple confuse. Kalau tak sahih mama akan nagis2 dalam kereta..Heheheh

Bila dah jumpa dengan adam, terus perasaan nervous nie hilang. Masa dalam kereta lagi en. y dah bagi hint jangan buat drama masa kat kedah dulu (drama aku nagis dalam kereta bila tinggalkan adam kat kampung..) Alhamdulilah, anak mama masih ingat mama dan abah dan alhamdulilah mama adam tak buat drama...

Dalam tempoh selama sebulan aku rindu dengan tabiat / hobby dia masa dia hisap susu..

1.Rindukan bila dia usap2 perut dan lengan (hokey mama tau tang perut mama paling dia suka.. Mama tau perut mama muncit...Yang muncit2 tuh yang dia syok nak usap2.. Hadoi).

2. Rindu tang sambil dia hisap sure dia akan bagi satu renungan yang buat aku geram..

3. Rindu bila masa mulut dia dok hisap susu sambil masa tuh gak tegur aku. Tapi mulut dok lekap kat breast..

So dalam tempoh seminggu nie aku kena betul2 spend time dengan adam.. Lepas tuh mak tok adam nak bawak adam balik ke kedah lagi.. Dalam tempoh seminggu nie gak aku kena pump susu secara regularly dan kerapkan DF dekat adam (nak bagi susu lagi banyak)..

Masa adam kat rumah tok ketua..Semakin notty laa nie.. Haishh, nie baru tinggal sebulan dah macam2 jadi...

Baru sebulan tinggal.. Tok guru dah ajaq jadi komando lap lantai.. Haishh... 

Masa last day before kena tinggal dok dengan mak tok... Muka innocent je...

Lepas dua minggu kena tinggal... Haishh.. Dah belajaq macam2 dari tok guru..


Tiada ulasan:

nuffnang