nuffnang ads

ads sense

Khamis, 26 Julai 2012

Sahur..ohh Sahur

Selama aku jadi isteri en. Y (bunyi macam dah lama kawinkan), hari nie first time aku terbangun lewat untuk sahur. Nie kes bila suami aku memandai2 kunci jam pukul 1.30pagi. Haishh en. y, kunci jam awal2 tuh ingat bini nie nak masak AYAM PANGGANG kaa untuk makan sahur?

Adoii, dah la silap time boleh plak dia tak set ke pukul 4pgi. Pasal tuh la isteri en. Y nie tidor terbabas.

Oh my.. Dahlah sahur tuh wajib untuk laki aku boleh plak aku terbabas.

Mau aku tak terloncat dari katil bila aku tengok jam kat bilik menunjukan jam 5.30am. Suami aku boleh plak krokkkk kat atas katil lagi. Bila aku tanya "SAYANG, KITA DAH LAMBAT SAHUR". Dia boleh plak tengok jam dan cakap "OHH, JAM TUH ORG CEPATKAN 20MINIT. ADA LAGI MASA TUH".

Mau kelam kabut aku ke dapur. Nasib baik la makanan masa berbuka semalam tuh aku ada masak lebih (lebih2 pun cuma cukup utk En. Y sorang je) dan terus aku mintak bantuan Miss Microwave untuk panaskan makanan yang ada. Nak dijadikan cerita, nasi pun ada lebihan jugak. Biasanya sebelum tidur aku akan masak nasi dulu. Tapi semalam aku boleh masak nasi lebih (kes malas nak bangun sahur awal la). Tarik nafas lega jugak laa aku...

Bila semua dah siap terhidang, aku kejutkan En. Y untuk sahur. Boleh plak suami aku tengok makanan dia bleh cakap "HAI makanan nie je ke?. Nasib baik la bulan puasa, aku masih boleh control angin aku. Adoi hai dah tau bini bangun lambat boleh plak dia tanya soalan cepu emas tuh.. Kang tak pasal2 ada org tuh kena makan senduk nasik je (macam berani)... Dok complain lauk tak plak tinggalkan kat bini. Kesian kat bini nie makan nasik tak berlauk laa.. Sob..sob..

Lepas nie, sebelum tidur check dulu jam loceng set pukul berapa.. Haishh, nasib laa badan...

Moral of story : Masa berbuka cuba la masak lebih sikit mana tau kot2 jadi kes macam aku bangun sahur lambat..

Tiada ulasan:

nuffnang