nuffnang ads

ads sense

Isnin, 30 Julai 2012

Raya Preparation : Baju Melayu dan Baju Kurung Done

Berkobar2 dan excited mama adam nie dok pulun nak mengayakan anak teruna dia masa hari raya pertama nanti (cis, kita baru  puasa masuk 9hari dah beriya2). Pada hari pertama sambut puasa, aku dah ajak En. Y ke pekan rabu nak belikan songkok untuk adam. Bukan apa, kepala si adam nie kecik sangat payah nak carik size songkok.

Masa tuh, aku kena bawak adam sekali supaya senang mama dan abah dia tak payah 2-3 kali ulang alik pie beli. Nasib baik la si abah adam nie time tuh mood okay. Melayan gak laa dia dengan kerenah si isteri dia nie. Alhamdulilah, masuk je kedai first tuh terus ada size utk adam. Haa, size paling kecik 17 3/4"(siap ada suku tuh). Harga pun alhamdulilah memang bawah budget kami. Kami dapat RM12 apa lagi kami dua terus grab songkok tuh. Lagi pun memang payah laa nak dapat songkok size paling kecik macam tuh. Yang aku tau paling kecik 18" je (tuh pun survey kat masjid india masa seminggu sebelum posa)

Baju melayu?

Haa.. yang nie memang aku sangat2 marah kat en. y. Before puasa aku dah suruh dia pie upah buat baju melayu untuk adam dan dia. Ye lah, kain tuh aku dah beli lama. Sebenarnya kain tuh aku beli ingatkan nak buat utk majlis bertandang. Tapi tak sempat.. So alang2 dah ada kain, baik kita tak payah susah2 beli yang baru kan. Haa...Boleh dia bagi alasan "Alah tak pa, kita balik kedah nanti kita pie buat. Lagi pun kat kedah tak macam kat kl depa terima ehh kalau kita bagi last2 minute". Ambik kau, alasan tuh aku slalu dapat..

Haish, bila balik kedah last week. Semua kedai dah tak mau terima tempahan. Kedai kawan baik dia pun tolak mentah2 tempahan dia (ahahahhaha..nie aku nak gelak jugak laa..). So end up dia kata dia sanggup belikan baju melayu untuk dia dan adam..

Ingatkan, tema tahun nie warna turquoise. Tapi...

Aku pun dah malas nak beli baju baru. Kebetulan aku ada baju kurung yang belum pakai (ingatkan baju tuh nak pakai masa pie kerja. So kena laa sabar sat pakai masa raya nanti). This year tema raya kami adalah DARK PURPLE..

Semalam, en. y ajak pie masjid india. Tujuan nak pie beli baju melayu untuk adam. Cari punya cari at last dapat gak laa baju warna yang kami nak. Memula en. y nak ambik untuk adam je. Aku kata tak yah laa nak ulang alik 2-3kali. Nanti habis, nak kata apa? Terpaksa laa akur. First time ingatkan nak beli baju melayu je tapi bila tengok satu sampin nie macam kena je ngan warna baju melayu adam apa lagi ambik je la. Lagipun, depa bagi good price RM20. Tak pikir panjang terus ambik je. En. Y tak mau sebab dia cakap dia dah ada sampin dan tak payah la beli banyak2 bukannya nak pakai selalu. Betul gak apa yang dia kata. So kali nie aku ikut la kehendak dia..

Now, adam dah ada complete set baju melayu dan dua pasang jubah (Jubah dapat hadiah dari mak ngah adam which dia mintak anak dia belikan kat mekah). Yea..

Yang tinggal cuma baju nak berjalan je. Adam dah ada baru 2 pasang kemeja, sepasang jeans dan sepasang lagi short jeans. Rasanya kena beli sikit lagi kot. Tak pa, now kan banyak shopping mall dok pulun buat SALES kan. Tengok la weekend nie try pie tengok baju adam kat One Utama plak ke..

Tiada ulasan:

nuffnang