nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 17 Ogos 2012

Keliru tersalah pilih mak?

Tetiba mood meroyan datang plak bila baca status2 kengkawan kat facebook menceritakan diaorang dah pulang ke kampung.. Wahhh, terasa nak nagis aku..

Itu lah bila En. Y suruh ambik mc gatai tak nak. Nak jugak pie kerja. Nak tunjuk diri nie pekerja cemerlang kah.. Now baru meronta bagai nak meroyan bila tengok kat office cuma ada 3 org staff je.. Boleh mati kutuk woo aku nie...

Tak kira sat gie nak try mintak balik awal lah.. Kalau bos aku berhati mulia mana tau dia bagi mau aku hip2 horrey aa kan..

So, semalam kak su call dia cakap dimana si adam tetiba boleh confuse aku dengan my 3rd sister (kak su). Aduh parah ehh anak mama sorang nie. Ye la, ramai gak orang cakap muka aku ngan kak su nak sama. Tapi..(haa ada tapi) bila tang kami dua pakai cermin mata.. Tapi betul kengkadang mama aku sendiri pun terconfuse panggil nama.. Hahahaha parah2...

Nie kes 2malam lepas aku skype dengan adam laa. Wah mmg happy teramat bila dapat skype dengan mama dan abah dia. Sanggup tuh mata dah ngantuk tapi paksa gak mengadap laptop gara2 nak layan mama ngan abah dia.. Then the next day bila dia terjaga dari tidur dia nampak muka mama dia (sebenarnya kakak aku) ada kat rumah terus dia merangka ke kak su dan dok atas riba tuh. Dah la tuh, senyum happy je..Hahahaha (nie kes rindu sangat ke anak mama nie).

Yang bestnya, bila kak su pakai cermin mata dia terus terpa (datang menuju ke arah) kat kak su. Tapi bila kak su bukak cermin mata je dia buat tak endah je.. Ada satu ketika tuh dia dok kat riba kak su tetiba laila datang dok katas riba kak su sama. Tau apa adam buat? Dia boleh tolak si laila tuh, tak bagi dok atas riba kak su..

Memang la anak aku nie dah confuse. Dia ingat kakak aku tuh mama dia kot.. Ayoo, kak su boleh mintak nanti aku dengan dia pakai tudung dan cermin mata tengok cam mana gelagat si adam. Dia nak pilih mana satu mama dia?


Sebenarnya aku dengan kak su bukan kembar hokey beza jarak usia kami 7tahun tau (jauhkan). Tapi aku tengok muka aku lain je dengan kak su tuh, tang mana ntah yang sama..


Kiri sekali tuh la kak su



1 ulasan:

FiraHamzah berkata...

kekeek, comel aje adam..dia rindu betul omakknyer sampai terconfuse.
tapi bila tengok gambar kak su dgn muka ko mmg sama arr..muka potosetet..haha :)

nuffnang