nuffnang ads

ads sense

Isnin, 27 Ogos 2012

Sayu hati tinggalkan kekasih...

Lepas 9hari bercuti (termasuk sabtu dan ahad) bila hari nie masuk kerja as usual la perasaan malas dah singgah kat jiwa nie. Haiyaa boring kan...

Adam macam biasa terpaksa ditinggalkan kat kampung lagi sebab mak tok dan tok abah dia tak bagi bawak balik ke KL.. wahhh baru je perasan nak tayang anak kat kengkawan time open house depa nanti. Tapi apakan daya hati nie macam tak sampai hati plak nak grab the moment mak tok dan tok abah dia tuh. Ye la si kecik sekarang semakin lasak tak boleh dok diam. This time memang semua pulun suka main dengan depa kan..

Sepatutnya aku pulang ke KL petang semalam dalam pukul 5petang. Tapi kes mak pak si kecik macam berat hati nak balik so kami tunda perjalanan kami pukul 8malam. Ingat lagi masa memula nak tinggalkan si kecik kat kampung, mak dia memang menagis teresak2 sampai En. Y siap bagi warning kalau aku menagis dalam kereta dia memang nak patah balik (biarpun memang dalam kereta aku nagis meraung dia boleh buat dek je..hukhh tension..)

So masa nak balik, si adam dah macam tau2 je mama ngan abah dia nak tinggalkan dia. Hari tuh memang dia berkepit je dengan aku. Tidor pun sat2 ja, bila bangun boleh plak senggih bila tengok mama ngan abah dia masih ada kat sebelah dia.. Bila dia tengok mama ngan abah dia dok sibuk siap cantik2 (barang kami masuk time pagi2 sebab ye la plan nak balik petang kan..), si adam dah mula resah memang serba tak kena..

Bila tengok aku dok keluar masuk rumah, kedengaran suara dia nagis. Boleh nampak ada budak dok mengesot ke safety gate..Kes takut mama dan abah dia tinggalkan dia laa.. Sebenarnya masa 9hari aku cuti, time pukul 8malam en. y akan ajak bawak si kecik pie jalan2. Tak kisah la pie tesco ke pie kedai runcit ke, janji boleh bawak si kecik nie meronda. Agaknya dia tau kot time tuh time untuk dia keluar. Tapi bila tengok mama dia tak ambik dia sure la dia nagis kan. That time aku dah resah. Aku pun cakap kat en y, kita bawak dia p beli makanan laa sebab adik aku mintak kami bungkuskan makanan kat nasik royale untuk mama ngan papa sama. Bila nampak aku datang je terus dia sua tangan menandakan nak didukung. Bila aku dukung terus dia peluk je aku..

haiyaa, aku saja ja minta maid adik aku ambik dia, tau dia buat apa. Ditolaknya tangan si maid tuh dan geleng2kan kepala dia tanda tak nak.. Amboii dah tau bila orang pakai baju cantik2 nak je ikut.. Hai adam2..

Sebelum nak keluar, aku siapkan susu dia dulu yela bila kereta gerak sahih mata si adam akan pejam (tidor). Tapi haiyoo makin cerah lagi adalah.. Memang tak mau tidor, bila aku tepuk2 boleh plak dia tepuk2 badan aku plak.. Haipp memang semakin nakalkan.. So aku pun biarkan je la, mungkin dia dah tau mama ngan abah dia nak tinggalkan dia kan..

Sampai je rumah, aku terus pass adam kat mama. Dia tak plak nagis. bila tengok aku salam mama ngan papa dia dah mula resah. Papa terus dukung dia. Okay, tuh satu cara tak mo bagi dia nagis bila tok abah dukung memang sah2 dia lupakan kami dua. Amboi, sayang sangat la kat tok abah tuh.. Huhuhu, habis je sesi salam2 kami pun masuk la kereta. Bila tengok mata adam terus rasa sayu je.. Ish kali nie tak plak ada sesi jejak kasih (nagis). Kuat plak hati nie kan..

Aku dok tengok gelagat si adam, memang anak mama hero la, tak nagis tapi nampak muka cam tak happy je.. muka cam "Ehh, mana mama ngan abah aku nak pie tuh, awat tinggalkan aku..".

So dalam perjalanan, aku try call papa tanya pasal adam. Papa cakap dia dah tidor. Aku tanya dia nagis tak. Papa cakap dia tak nagis dia okay cuma muka cam pelik kot tetiba tidor ngan mak tok ngan tok abah. Hope dia okay la. papa cakap dia ada laa nagis sikit2 tapi sumbat susu okay terus diam dan tidor (ubat tidor dia laa tuh)

Tak pa adam lagi dua minggu lagi adam boleh jumpa ngan mama dan abah kay. Time tuh mama bawak adam dok rumah baru..hehehehe

Nie masa first day kami dua sampai. Nak bawak dia keluar alih2 boleh plak dia tidor penat tunggu mama ngan abah dia bersiap kot..

Nie la gaya bila bawak pie berjalan. Kerusi khas untuk si kecik.


Hari sabtu last day bawak dia pie tesco.. Tengok muka happy je bila bawak pie jalan..

Malam terakhir tidor ngan mama ngan abah.. Memang dia tak mau tidor.. Selalu pukul 9-10malam dah tidor. Nie dah masuk pukul 12tgh malam still dok ajak mama ngan abah main.. Sorry adam abah tak layan kita..Abah sibuk layan bola lagi..huhuhu

Bila dok dengan tok abah, adam akan lupakan mama ngan abah..

Nie laa rupa penjara depa. (Sorry tuh bukan adam, adam banyak rambut sikit..hehehhe)

Tiada ulasan:

nuffnang