nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 28 Disember 2012

AUWWWW SALES

aku rasa dah ramai blogger2 dok heboh menceritakan pasal BBWS (Big Black Wolf Sales). dimana tahun nie ramai cakap the biggest book sales anjuran BBW.

aku penah pegi sales dia 2tahun lepas. memang masa tuh tak besar macam nie. tak salah aku that time dia buat kat amcorp mall.. harga memang tetap sama. starting rm3 onwards..

aku malas nak cerita panjang lebar tentang sales kali nie. sebab korang boleh guna khidmat baik en google dan search je. coz banyak blogger2 dah cerita hows happening was the sales.

BBWS pun baru je habis.. buat sapa yang tak pie tuh memang korang rugi yang teramat sebab those book banyak yang baru2 dan bila compare ngan others bookstore memang korang akan kata "menyesal tak pie BBWS laa.."

last year aku tak pie coz that time aku dalam mood berpantang. so this year aku qadhokan balik peluang tuh... (ceh, dah macam ganti puasa plak kan...)

keutamaam aku pie serang BBWS dimana aku nak dapatkan buku untuk adam dan of coz untuk aku gak.. aku pie masa 1st day. aku pie dengan best friend aku. sampai tengah hari..alhamdulilah cariarking mudah je. biar pun ramai orang tapi senang.

First section yang aku serang adalah cooking.. aku dapat la dalam 4buah buku. mostly harga buku yang aku dapat harga dalam rm8 ke atas. Kemudian aku terus terjah ke section kids plak.. alhamdulilah aku dapat 7buah buku untuk adam. pada mulanya nak cari flash card tapi tak jumpa so aku borong buku yang ajar about shapes, animal, color..

bila dah dapat buku kat adam, tetiba terlintas kat otak aku perlu dapatkan buku resepi untuk masak kat adam. ye la, anak akubtuh tetiba dah berubah angin x mo makan. harus la cari buku resepi untuk babykan.. cari punya cari memang tak jumpa. yang aku dapat adalah parenthood book. 

buku yang aku dapat tuh memang dah lama aku nak beli tapi kat bookstore yang terkenal memang mahal. harga mencecah ratusan. tapi kat situ aku dapat cuma rm20. memang patut aku grab buku tuh kan..hehehhe plus dalam tuh dia bagi resepi gak sampai ke toddler..

buku lagi satu yang aku dapat baby & toddler checklists. buku tuh memang penting untuk aku yang first time ada anak.. (cheh macam org lain tak da anak kan..huhuhu).

2tahun lepas, aku pie section untuk malay novel tak ada. Tapi this year banyak dah berubah..

1. Section untuk para pengemar novel melayu dah wujud..

2. Buat parents2 yang pening kepala tak tau nak tinggalkan anak atau malas nak usung anak2 yang akan hilangkan mood shopping bila anak2 dah mula borink dan stress.. this time dah ada tempat khas untuk tinggalkan anak dimana diaorg sediakan playground khas buat kanak2 kat tingkat atas...

3. Kaunter untuk pembayaran semakin banyak dimana satu lane ada 2 kaunter.. kira orang ramai tak payah nak beratur panjang...

4. Kali nie dah ada counter untuk orang yang suka akan sorvinior boleh laa singgah lepas habis bayar..hehehe

aku nak kongsi a few picture time aku pie BBWS. oh ya, ada gak aku ambik gmbr dari my friend blog...(share naa fira...hehehe)







Buku2 untuk mama adam..hehehe

Buku nie aku beli untuk dua org my niece. Sorang nak masuk darjah satu, sorang lagi suka sangat nursery rhyme..


Aku just nak buktikan bertapa murahnya harga yang aku dapat kat situ...





Buku yang dicari2 akhirnya dapat gak...yes memang berbaloi...



Ni gambar2 aku ambik dari blog my best friend fira..

Sorry buku2 adam tak sempat aku nak snap...dah selamat sampai kat kedah..dan dah selamat masuk dalam mulut si rafiq..hahaha.. 

Insya allah if next year ada lagi dan kesihatan aku masih ok (tak terkena buatan suami..hahaha ayat tak bleh blah..). Akan aku sampai dan beli lagi buku untuk tatapan aku untuk buat collection..

1 ulasan:

lokmanfirajunior berkata...

heheeh...aku tak dapat nak pergi lagi on last day tuh..huhuu..next year kite pegi lagi ek? hehe.. :)

nuffnang