nuffnang ads

ads sense

Khamis, 6 Disember 2012

Cara Mudah untuk Berhubung dengan Anak bila berjauhan?

Bukan mudah bila si ibu berjauhan dengan sang anak. Perasaan rindu memang mendalam. Tiap malam asyik pelukkan bantal je (haishh malu laa nak cakap peluk laki..hahahhahha). Kalau zaman dulu aku rasa sahih boleh mati akal bila berjauhan dengan anak kan. Tak kan nak post gambar anak guna khidmat pos malaysia, mau kena tunggu 3 hari tuh pun tengok pada tempat... kalau anak tuh kat belah sabah sarawak? mau seminggu kot baru sampai...dan baru dapat tatap gambar anak tuh kan...

Apa yang memudahkan aku berhubung dengan adam? 3G ke? (korang ingat sanggup ke aku habiskan duit bagi kayakan company kuning, merah dan hijau tuh... Baik aku simpan duit2 tuh kat tabung haji lagi bagus..

Now days kan dah zaman technology. Now, macam app percuma boleh di install (tuh pun kalau pakai talipon cerdik pandai aa) dan boleh tatap muka anak 24hours. Janji ada line internet. Selain dari facebook dimana adik aku akan post gambar2 adam. Alhamdulilah, aku hanya menggunakan SYPE untuk menatap dan berhubung dgn adam. Tak la rindu tahap gaban kat anak. Kalau facebook hanya boleh tengok picture. Tapi with skype kita dapat tengok macam live. Setiap gerak geri dia depan mata kita.

Yup dengan skype jugak la, aku dapat rasakan adam dekat sangat dengan aku, which aku dapat tengok perkembangan dia setiap masa. Ye la nak tunggu balik kampung 2minggu skali so dengan kemudahan yang ada nie la kita dapat gunakan sebaik yang mungkin..

Sebelum nie aku penah story tentang kebaikan skype nie. Tuh pun aku story mengenai macam mana aku deal dengan client2 aku.. Dulu, aku cuma gunakan skype untuk kegunaan kerja je. But now tanggapan aku dah berubah. Bagi aku, memang banyak kepentingan dan kegunaan skype nie yang kita boleh pakaikan. Especially dengan anak yang tak reti nak bercakap menggunakan proper language.. Hanya tau gugu gaga.. Daa Daa.. tuh ja yang dia tau..

Lagi pun, dengan menggunakan skype nie aku lagi rajin keep in touch dengan parents aku. Nak harapkan anak depa nie call, memang jarang laa since kerja aku nie balik lewat malam kan.. So it's good jugak bila time lunch kaa, or time nak tidor pun aku just on my skype dan call my sister thru skype. mudahkan

Before this, aku hanya gunakan laptop / mac untuk skype, but now it's come for android. YEPPY.. tak payah laa nak tunggu balik rumah or pie office baru boleh nak on skype. Dalam kereta sementara jalan sesak pun dah bleh skype with orang tersayang.. Yeaaa...

Korang hanya perlukan Tablet / Ipad dan juga free WIFI (pie je mana2 kedai mamak..). Wallah, dah boleh sembang rambang ngan orang. Yang penting cost FREE...

Nie aku share video macam mana nak communicated guna skype. Memang mudah sangat




By the way, here's some photo masa aku berskype dgn adam. Tapi those picture masa aku tengah kerja kat office. 



Masa nie adam first time skype dengan aku. Muka pelik tengok mama dia kat dalam kotak kecik tuh.. Mencari2 gak dia..Hehehehe




This time dia dah pandai wave his hand.. Dan dah pandai nak tutup laptop...



Orang lain plak yang sibuk nak berskype sama...


Terasa adam dekat dengan aku, bila boleh tengok aktiviti dia setiap hari...

So lepas nie, kalau time pantang (sila baca as IF), aku dah tak yah nak rindu2 tahap gaban laa dekat En. Y, just skype je laa dengan dia.. Haa, mudah kan.. Cepat2 pie install this application...

Tiada ulasan:

nuffnang