nuffnang ads

ads sense

Ahad, 10 Mac 2013

my life...

Dah lama aku tak update blog nie kan. Semakin mula berhabuk rasanya..hehehe. sekarang nie aku mula sibuk dengan urusan dunia. Dan aku semakin enjoy dengan kehidupan baru yang aku ceburi. Agak penat tapi aku enjoy.. penat mengejar masa dengan kerja di pejabat. Malam pula terkejar menyiapkan order customer. Tengah malam, baru dapat uruskan hal rumah tangga. 

Kadang2 aku tengok diri aku nie boleh dikira dah macam kak limah pun ada. ahahha. tidor tok sah cakap la. Ntah, this is what yang aku suka.. pelikkan..

Dengan kesibukan macam nie, aku cuba juga untuk pulang ke kampung jumpa dengan si kecik sorang tuh. Wajib okay. If not, sure dia akan tak ingat dengan mama dia.. dah la tuh, bila time kami balik je. Panggil nama dia, boleh dia buat do know kat kami.. Haa, bila mama dia tetiba pie toilet ke or pi makan ke. Baru laa mula nak menagis.. time tuh baru la nak datang peluk or gomol2 perut mama dia..

Now, adam memang tak mau didukung. Ye la orang dah dapat kaki mana mau dah pertolongan orang lain. Pantang ja dilepas, penat nak mengejar. Dah la tuh, sejak dah pandai berlari nie. Memang naik semput orang dibuatnya.

Dah pandai menekan switch on/off tv. Bila orang tengok tv, tetiba channel tv bertukar ke siaran biru atau hitam. Jangan panik, bila tengok kelibat si kecik dok depan tv sambil senggih kat kita. Bila kita off tv, pandai plak dia pie on tv tuh. Tapi bila, kita pasang channel fav dia. Pandai plak tak kalih..haishh..

Bab makan, alhamdulilah memang tak payah cakap. Kalau tengok orang makan terus dia akan ke arah kita sambil mulut terngaga. Kalau tak bagi, dia akan tarik tangan kita menandakan "please, let me taste a bit..ok". Bab ice cream, memang fav adam.. siap jilat2 bibir tanda dia nak or it taste good..

Apa lagi, oh ya, bila dengar je azan terus dia mengangkat tangan ke telinga. Tak tau kat mana dia belajaq. Rasanya tengok tv kot. Ye la, bila time maghrib kami slalu bukak channel oasis. Rasanya kot situ dia belajaq agaknya..

Oh ya, aku ada good news tapi rasanya belum tiba masanya untuk diceritakan kat sini. Insya allah bila masa dah sesuai i will let you know. 




Habbit adam, suka korek pusat..

mula berjalan time umur setahun sebulan. Alhmadulilah now, Dah mula berlari... penat..penat mengejar...

Time azan ja, sure dia akan buat cam nie.

1 ulasan:

With Julia berkata...

heheh kelakarlah adam suka korek pusat hehhehe makin besar mcm2 ye perangai comel dia...comel lah kek tuh...pandai yerrrrrrr

nuffnang