nuffnang ads

ads sense

Khamis, 16 Mei 2013

DAH NAMA PUN ANAK LAKI...

SETAHUN ENAM BULAN... Itu lah usia adam. Aduh, semakin hari semakin lasak. Nak tunggu adam membesar memang harus menempuhi setiap onak liku.

Biarpun setiap dua minggu aku akan balik ke kampung untuk lepaskan rindu. Mau serabut gak kepala nie bila jaga dia. Memang orang tua2 cakap. Bukan senang nak jaga anak lelaki. Terutama bila depa dah mula melasak. Memang menguji tahap kesabaran sungguh.

A week before election, aku dan en. y balik kedah. Nak dijadikan cerita that week aku dimasukkan ke hospital dan telah diberikan MC 10hari supaya aku dapat rest dengan sepenuhnya (huk alasan doktor tuh.. maafnya doc saya tak dapat nak rest sebab saya punya seorang hero yang memang tak bagi mama dia dok rehat.)

Selama kurang 10hari tuh, baru aku tau how lasaknya hero kecik aku tuh.. Nasib baik laa tahap kesabaran mama adam nie mampu lagi dikawal. Kalau tak, sure famous mama kamu nie gara2 keluar front page dimana seorang ibu mengikat anak lelakinya di pokok mempelam..

Bayangkan dua ketul hero dok dalam satu bumbung rumah. Of coz banyak idea2 yang creative akan terjadi. Aku tau dan sedaq ketua segala ketua is my hero. Dia akan tunjuk dan ajar sorang lagi untuk lakukan.

muka baikkan?



Contoh :

1. MEMUNGGAH
Hat nie sejak mula2 depa dua pandai jalan sampai laa nie memang hobi depa dua. Sampaikan semua laci2 dan almari harus dikosongkan. Biarpun dah diikat laci tuh supaya tak boleh dibuka. Tapi now, depa dah mula pandai nak buka setiap tali. Rasanya depa dok lama perhati (tengok) cam mana nak buka ikatan tuh. Dan wallah, berjaya juga semua laci diselongkar.

Tengok, gambar last tuh. Sapa ketuanya???? Masa kecik2 pun dah tunjuk bakat terpendam kan...

tadaa, nie masa sekarang.. habis barang2 dapur dimainnya...

Bila tengok laci kosong, benda baru plak depa buat. Masuk dan dok dalam laci...

Creative sangat laa..sampai mama pun tak paham apa yang nak dibuatnya...


2. PANTANG TENGOK APA ORANG BESAR BUAT
Sekarang nie, hobi adam nak siram pokok bunga. Memang setiap hari bila keluar / terlepas ja dari pintu rumah. Dia dah tau dan akan terus melulu pie ke pancuq (paip) air lepas tuh tarik tali paip tuh untuk siram pokok bunga. Bila tengok air tak keluar tau plak nak bukak. Nasib baik, kerah tenaga dia tak kuat. sure dah lama basah kuyup (lencun) baju2 tuh.


baik laa sangat nak tolong mak tok ngan tok abah...

3. MEMANJAT
Yang nie, memang tak diakui dah namanya anak lelaki kan. Kalau tak memanjat tak sah. Sekarang nie, kawasan tempat depa bermain semua basikal (tricycle), bangku kecik atau benda2 yang boleh membuatkan adam memanjat akan disimpan. Bila dah memanjat tak kisah la. Tapi yang buat bahaya tuh bila kaki dah mula diangkat supaya dia dapat melepaskan diri ke kawasan seberang tuh. Yang buat kita take action. 

Sejak2 adam suka memanjat. Kami decide cabutkan je pintu nie. Takut sat gie mau tergolek dog.. 

4. BILA PERASAAN TAK BOLEH DIKAWAL.
Bila dah boleh nak kawal perasaan. Akan terjadi lah perkara dibawah...

Gara2 dah tak tahan. Mak tok terus tambat adam kat meja makan. Mau melalak gak. Tapi, bila dapat melepaskan diri terus sengeh..

So, buat para2 ibu yang anak depa baik. Korang memang bertuah. Buat ibu2 yang penah atau sedang alami situasi macam aku nie. Korang juga bertuah. Sebab kita diuji tahap kesabaran (nak juga rasa bertuah tuh....)




Tiada ulasan:

nuffnang