nuffnang ads

ads sense

Isnin, 30 September 2013

Aryan : 1 month

Alhamdulilah, hari nie genap lah my baby aryan hadif berusia satu bulan. Ini menunjukkan tak lama lagi aku akan habis pantang..opss no..no insya allah kali nie aku akan berpantang selama 100hari. Pantang bukan takat suami isteri je kay.. Tapi aku nak pantang makan dan minum selama 100 hari juga.. Biar pun, time adam aku cuma pantang minum air ais sampai 100 hari tapi yang lain aku main blasah. This time aku kena be serius bout this thing. So say no to perut berlapis..hehehe

Wah, bersemagat tuh kan... Back to the topic. Alhamdulilah, Aryan dah genap sebulan dan alhamdulilah aku masih lagi exclusive breastfeeding. Mudah-mudahan aku nak menyusu sampai 2tahun, insyallah. Alhamdulilah, setiap 2-3jam aryan akan bangun dan minta susu. Cuma time malam alhamdulilah, aryan macam abang adam memang tidur nyenyak dan tak bangun. Bangun pun pukul 5 atau 6 pagi nagis tanda dah lapar.

Besok plak appointment aryan untuk suntikan 1bulan. Semalam aku ke klinik kesihatan, aku perasan yang mata aryan nampak kekuningan. Risau so aku call KK nak kepastian perlukah aku ke KK semula sedangkan usia Aryan dah nak masuk sebulan. Diaorang suruh jugak pie, dan bacaan demam kuning aryan masih ditahap yang sama macam sebelum nie gak (Yang nie nanti aku buat entry pasal jaundise..). Nurse cakap aryan memang kena pro-long jaundise..

3rd Oct plak, appointment aryan dengan doctor telinga (kesan dari jaundice). wajib follow up tiap2 bulan nak check telinga aryan. Ntah la, besok aku akan tahu in more detail pasal benda nie. Tetiba naik risau plak.. Doakan everything okay dekat aryan ye..

Happy 1st month Birthday Sayang mama...

Tiada ulasan:

nuffnang