nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 20 September 2013

CACAR AIR?

Tak terlintas difikiran aku dimana adam akan dijangkiti cacar air dalam usia sebegini muda. Apa tuh cacar air? Macam mana boleh dapat / dijangkiti? Apa sintom2 yang ada sekiranya budak/kanak2 tuh dijangkiti?

Cacar air atau chicken pox adalah penyakit yang mudah dijangkiti disebabkan oleh satu kumpulan virus yang dipanggil herpes. Penyakit nie mudah menjangkiti orang lain. Ia, dijangkiti melalui udara. Contoh kalau orang yang terkena virus nie bersin memang mudah la nak spread the gems tuh kat orang lain. Tuh pasal orang yang dijangkiti cacar air nie kena quarantine. Lagi satu, kalau seseorang tuh ada kayap. Sure, confirm budak2 akan dapat cacar air nie.

Now, berbalik kepada cerita adam. Adam dapat dari bapa aku dimana my father dapat kayap. Pada mulanya kami tak tau yang bapa aku ada kayap. Ingatkan hanya parut luka kesan dari ubat sakit sendi bapak aku sapukan tuh. Nak dijadikan cerita on 30th August, aku ditahan kat hospital atas sebab bukaan aku dah 3cm. So, doctor tak nak ambil risiko takut anytime aku boleh bersalin..

So, a whole day tuh adam kena stay ngan tok abah/papa . Kenapa my dad je yg jaga mana pie my mom ngan en. y? Sebenarnya my mom time tuh tak dak kat rumah. kena pie KL ada check up dengan doctor. manakala En. Y plak pun ada kat KL kerja dan tunggu aku call je baru dia balik..). That's why, papa (my dad) kena jaga cucu. Aduih, teringat lagi detik bila kena habaq kat papa yang aku perlu ditahan kat ward. Teringat lagi muka adam yang baru bangun tidur (tidur dalam kereta.).

Gara2 adam kena tinggal ngan my dad laa, memudahkan adam dijangkiti virus tersebut. Kan aku dah bagitau tadi sesiapa yang dapat kayap so risiko budak./kanak2 nak dapat cacar air adalah tinggi. Dah laa tuh, malam tuh plak adam tidur ngan my dad memang sure2 laa dapatkan..

2hari lepas aku discharge (hari isnin), En. Y terperasan ada spot2 merah mengelembung kat kulit. En. Y bagitau mungkin adam ada terkena air panas / minyak. Time tuh, aku tak check adam plak. The next day (hari selasa) masa aku nak bukak baju adam dan nak mandikan dia (mandikan adam adalah tugas En. Y) baru aku realize ada bintik2 kat muka dan tengok adam. Aku tanya en. y bintik2 nie ke yang dia maksudkan. En. Y setuju.

Aku terus belek seluruh badan adam maka sah2 memang adam sudah dijangkiti cacar air (CA). Aku tak nak melulu buat keputusan yang adam dapat CA. Aku tanya kat my sister (farah, dia seorang doctor) memang farah mengesahkan adam memang dapat CA. Pada mulanya pelik, mai mana si adam nie bleh jangkit CA nie. Adik aku try tengok kaki bapak aku sebab papa still dok ngadu luka dia tak sembuh2. So bila tengok, memang sahih it was kayap.. Terang lagi bersuluh laa, adam memang dapat dari my dad.

Tengah hari tuh, adam dapat demam panas. Suhu mencecah 39darjah celcius. Pandai sungguh mama dia, tak plak dibawah ke klinik / hospital. Cuma dilapnya adam dengan towel basah serta diberinya ubat demam. Alhamdulilah, demam panasnya mula rebah tapi pada waktu malam, suhu badan dia kembali tinggi.

The next day, aku tak nak lenggah2kan masa. Aku ngan en. y terus bawak adam pie jumpa pakar paed dekat area rumah aku. Doctor cuma bagi ubat demam, ubat bontot, ubat tahan gatal dan ubat tablet anti-viral (kena masukkan dalam susu). Doctor cakap it's will take 2-3weeks untuk baik. Dan make sure, adam jauh dari ibu ngandung dan baby (uihh nie yang parah, aku plak baru je bersalin. Tambahkan lagi kerisauan aku..).. Nasib baik baby kena tahan kat ward because of jaudise (hat nie nanti2 aku story yee). So, boleh la nak control sikit dari terkena jangkitan.

Every day, adam wajib makan ubat supaya dia cepat sembuh. At the same time, calamine lotion juga wajib sapu seluruh badan supaya tak mengaru / gatal.

Oh ya, lupa nak cerita tentang symptom2 yang ada pada cacar air.
* DEMAM PANAS

* SELSEMA / HIDUNG BERAIR

*BINTIK2 MERAH : MEREBAK DARI KEPALA SEHINGGA KE KAKI. MULUT, TEKAK DAN CELAH2 KANGKANG.

* BADAN LESU DAN TAK BERMAYA

Rawatan yang bersesuaian
Memberinya parasetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan.

*Banyakkan minum air / susu supaya mengelakkan dari dehydrated. 

* Sapu celamine lotion untuk mengelak gatal2.

* Pastikan kuku bayi / anak kita sentiasa pendek.

* Mandi dengan air suam.

* Pakai pakaian yang longgar supaya badan anak kita sentiasa sejuk.

Dah macam zombie kampung pisang adam nie abah sapu calomine lotion kat seluruh badan.

Bintik2 di permukaan muka.

Kena quarantine jauh dari adik.

Nak tengok adik juga.. Tapi tengok jauh2 ye sayang...

Tiada ulasan:

nuffnang