nuffnang ads

ads sense

Isnin, 16 September 2013

Perkembangan Adam Hadhri : 1year 10months

PERKEMBANGAN FIZIKAL
Adam sekarang dah pandai bermain dengan barang mainannya sambil mengeluarkan bunyi.
CONTOH : Playing with his fav toy (mr. ellie : elephant) and Mr. Bear sambil buat bunyi-bunyian fuhhhshh..fuhhhshh (tanda mainan dia tengah berlawan..)



Berat badan sudah meningkat ke 11kg. Dah pandai berlari berbanding berjalan. Agak stress time nak bagi pakai baju dan pampers. Sebab bila habis je lap badan lepas mandi. Terus dia akan lari sambil pandang belakang tengok kot2 kita kejar dia.. Bila fikirkan nak marah, memang buang air liur ja laa. Sebab bukan dia faham pun. Cuma aku akan cakap "CAT COME BITE ADAM'S "APTOW" (bahasa kiasan untuk his birdy..hehehe)" Tak lama lepas tuh, dia akan cepat2 angkat kaki untuk pakai baju. (Mungkin bagi setengah ibu2 cara aku nie agak tak berapa elok dimana menakut2kan anak.)  

PERKEMBANGAN BAHASA
Seusia setahun lapan bulan, kira adam agak lambat untuk bertutur. Agak risau pada mulanya.
Tapi alhamdulilah, sekarang dah nampak pekembangan dalam pengunaan bahasa semakin memberansangkan dimana adam kini boleh menyebut banyak perkataan. 
CONTOH : Mama, Abah, Tok Abah / Papa, Milk, Meow (Cat), Upstay (naik tangga), Mamam (yang nie aku confuse ngan word mama), Adoi...

Ada juga a few words yg dia nk sebut tp tak berapa fluent. 
CONTOH : Fish (disebut shh), Elephant (disebut fen/jah)

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Mula fahami sepenuhnya arahan dari kita. Cuma setiap arahan kita perlulah ditunjukkan apa yang hendak kita sampaikan.
CONTOH
01. Adam do you want to drink milk? (Sambil tunjuk botal susu).
02. Adam, can you help mama pick up those toys.? or Adam can you help mama to get that blanket?

Setiap apa yang ingin aku sampaikan, adam akan beri respond dimana dia akan anggukkan kepalanya menandakan setuju ataupun faham.



PERKEMBANGAN EMOSI
Now tantrum adam dah mula terserlah. Kalau tak dapat apa dia akan rebah / sembamkan badan dia kat atas lantai. Tapi as a parents kita jangan nak membabi buta marah anak. Sebab bagi aku cara tuh tak berapa elok diterapkan kat anak. Aku akan gunakan kaedah kenapa dan mengapa?. Aku akan cuba explain sebaik yang mungkin dekat adam. Kenapa dia tak boleh buat, dan disertakan sekali reason yang munasabah

CONTOH :
SITUASI : MAIN PENYAPU/ BATANG MOP
Sayang, why you want to play with this thing.  It's dirty. Come mama change with you toy / book. Okay?
(Lepas tuh dia akan sembamkan badan dia kat lantai. Dan nagis). Aku biarkan dia kejap dalam 5min. Bagi aku if aku terus pujuk dia on the spot, sure dia akan lagi melalak. Lepas tuh aku akan terus  pujuk dia dan cakap benda tuh untuk apa dan aku akan explain sebaik yang mungkin. Untuk attract adam, aku akan try cari his fav toy (of coz his mr. ellie and mr. bear. Terus dia akan diam.)

Hopefully setiap cara atau didikan yang aku terapkan dapat membimbing adam jadi anak yang berbudi serta menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Insya Allah. Amin

p/s : lagi dua bulan je adam dah nak menjangkau dua tahun.. terasa kejap je masa berjalan....

1 ulasan:

Julia Johari berkata...

Hehehe lucu ye adam hadhari...sedap nama dia...tang pakai pamper stuh sebijik sama mcm Qi :)

nuffnang