nuffnang ads

ads sense

Selasa, 10 September 2013

MERDEKA BORN

31st August 2013.

Tarikh dimana semua rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 56. Pagi tuh (pukul 7pagi) ramai orang berpusu-pusu nak pie tengok perarakkan di dataran merdeka. Tak kira la, rakyat malaysia mahupun para pelancong. Buat yang tak kesampaian atau tak kuasa nak bersesak2 dengan ramai orang, boleh tengok kat tv bertapa meriahnya suasana kemerdekaan negara kita (as usual tiap2 tahun benda yang sama kita tengok. Berkawad..)

Aku?

Masa tuh aku tengah berjuang didalam labour room.. Yeaaa (kira aku pun dok menyambut hari kemerdekaan juga la kan).

Meh aku story mory detik2 aku tengah berjuang (aku akan gunakan ayat berjuang demi negara..wahhh ayat tak boleh blah langsung..hahahha)

31st August (Sabtu), Alor Setar - Pukul 2 pagi, time tuh dah terasa sakit macam senggugut.. Tapi kali nie, memang tak tahan macam malam2 sebelum tuh.. So aku pun press the bell (panggil nurse). The best part memang nurse mai tapi depa pie salah katil. Haru aihh... Nasib baik hati aku time tuh sungguh mulia dan dapat bersabar lagi.. After an hour aku picit lagi loceng which that time memang dah tak tahan sakit perut.

This time, tak salah katil lagi laa.. Aku cakap contraction dah terasa every 10min. So the nurse pie ambik CTG machine dan bubuh those wayar2 kat perut aku. Oh, if korang2 yang first time nak bersalin. Those CTG tuh untuk mengesan denyutan jantung baby dan nak tengok berapa min / lama sakit contraction kita.

Back to the story, after 2hours depa try detect contraction aku, tapi amat mengecewakan cause the result was mild.

So, pada pukul 5pagi. depa (nurse) ambik keputusan bawa aku ke labour room. Oh yaa, time tuh bukaan aku masih lagi 3cm.

Di labour room, aku diarahkan supaya berehat. Haishh, macam mana nak rehat sedangkan bila aku nak pusing ke kanan sahih machine tuh akan bunyi coz tak dapat nak detect jantung baby. End up, aku minta ubat untuk dicucuk supaya mudah aku nak tidur. Masa aku disuntik ubat tuh, En. Y diarahkan keluar sebab takut nanti aku akan muntah (kesan kepada aku bila aku bersembang ngan en. y). En. Y akur at the same time, dia boleh gak tidur..huhuhu tau kat mana dia tidur? Kat dalam kereta. Before that, nurse kat LR check berapa cm dah bukaan aku. Kali nie dah masuk 4cm. Okay good result. memang anytime aku akan bersalin.

Pukul 9 - 10pagi (sorry tak berapa nak ingat sangat), doctor pun masuk ke labour room lepas dia habis ward round. Dr. cuba tengok berapa cm dah bukaan aku. Kali nie terkejut bila doctor cakap reason bukaan aku lambat kerana disebabkan tangan baby. Boleh, dia letak tangan dia atas kepala. Tuh pasal sampai ke sudah memang menyeksakan mama dia dok tahan sakit. Haishh. Doctor ambik keputusan untuk pecahkan air ketuban aku. Insyallah, dengan cara nie may be baby akan alihkan tangan dia kepada asal.

Haish, bila dah air ketuban pecah. Haaa, baru terasa the real pain datang. Oh ya, kali nie, aku tak ambik any medication tau. Hahahha. Nie semua coz hospital tuh hanya suplly epidural je. Haiyaa.. memang aku dah cakap kat diri aku. I wont take any medication yang bernama epidural.

So, ada satu doctor bius tanya aku 2kali. "Are u sure u don't want to take an epidural?".

Aku dengan penuh confident (wajib tuh babe. sapa tak kenal orang nama nana nie yang over confident dengan setiap jawapan dia..muahahahhaa).

"Yes, i am." ko tengok confident tak.

" Dekat hospital sebelum nie, u ada ambik apa2 tak?"

"Ada, i tak sure nama benda alah tuh, but yang i dok panggil laughing gas"

" Oh, it's call Nitrous oxide. tapi kat sini hanya ada epidural je"

"Haa.." (terkejut gak sebab aku baru nak request benda alah oksigen tuh.). Dr. selain epidural is there any suggestion. Sebab i memang tak nak epidural (tau akan affection benda alah tuh).?"

"Ada, tapi ubat tahan sakit je. Nak ke?"

"Boleh jugak."

Tak sampai 2jam, mmg aku dah mula dok bising. Aduih..aduih.. aku request untuk cucuk bius tahan sakit. tapi mengecewakan sebab salah sorg nurse tuh tak bagi ambik reason takut baby tertidur..

Bila bukaan dah 8cm, ko ingat kita boleh ke control penafasan kita? Biarpun time ngandung kita pie kelas post natal ke apa ke. Tapi bila dah tiba keadaan yang genting. Memang that time kita rasa kita dah cukup ilmu dan mampu nak buat apa yang dah kita blajaq or base on experience anak pertamakan...

Tapi, bila dah mai sakit tuh, semua yang ada tuh dah jadi lintang pukang.. Nurse suruh jangan teran tapi kena control penafasan. Huk aloh.. memang dok control tapi secara automatik aku tak sedar yang aku ter..TER TERAN... Reason jgn push sebab doctor tak sampai2 lagi.

Giler kau, tengah sakit tapi kena paksa jangan teran sebab doktor tak mai.. Memang, nasib korang2 laa nurse kena marah dek aku... Siap aku membebel suruh call doctor mai CEPAT... bukan takat tuh lagi.. aku siap boleh kata "AWAT LEMBAB GILER DOCTOR NIE NAK MASUK HAA.."

Yang sorg nurse nie dok marah2 sebab dia kata kepala baby nak keluar bila2 masa if aku keep on teran.

Giler kau, doktor tuh nak mai dekat 5 min. Tapi aku rasa macam 5jam dia nak mai..Haishh.. (tuh laa penangan bersalin without taking any medication. Kira bersalin mentah2 tau..)

Bila doctor masuk, terus dia suruh aku teran.. Hahahha yang best time tuh laki aku memang tak sanggup tengok bini dia sakit.. Dia boleh dok kat tirai bilik... So, aku tanya doctor, "can my husband stay next to me?". Dengan nada soft spoken "Sure (sambil tengok En. Y)... we allow husband to stay next to their wife". Baru laa suami aku tuh masuk...

Alhamdulilah, dalam 3-4kali teran baru la kedengaran suara our little hero.. Muhammad Aryan Hadif bin Mohd. Yusof. Jantina lelaki. Berat 2.65kg. Dilahirkan pada 36weeks (kira atas border but still in pre-mature born). Waktu 1.06pm. Alhamdulilah kira time semayang zohor tuh..hehehhe. And the best part dilahirkan pada hari keramat 31st August 2013 bersamaan 24 Syawal 1434

Suasana dalam bilik labour room.. Sempat lagi si En. Y snap picture aku.. Haishh..


Introducing our second hero Muhammad Aryan Hadif.. 






Tiada ulasan:

nuffnang