nuffnang ads

ads sense

Isnin, 30 November 2009

KORBAN DIRI..

Semua orang sedang sibuk melayan perasaan raya bagi sempena Hari Raya Aidiladha atau orang slalu sebut Raya Qurban. Kebanyakkan status kat facebook semuanya cakap pasal raya qurban.. Ada yang tulis nak balik kampung laa...Aku pulak cam mana?

Bagi aku sempena raya Qurban, kami tak sambut secara gah atau meriah seperti raya puasa. Seperti tahun-tahun sudah, aku memang tak balik kampung. Okay bukan lupa akan kampung halaman. Tapi aku fikir, kalau aku balik pun, Tok ketua ngan Isteri tok ketua tak de kat rumah. Bukan melarikan diri kay. Cuma mereka sibuk mengorbankan kambing, lembu, kerbau, unta(ehh ada ke kat malaysia nie) dalam erti kata laa...mereka bergotong royong di masjid bersebelahan rumah ku itu..

Okay..

Tahun nie, raya qurban ku...Apa yang telah aku lakukan.. Meh aku mahu tulis cam dairy plak..

Bangun seawal yang mungkin (memang awal, sebab dikejutkan oleh Mr. Yokkie yang baru pulang dari kerja pada pukul 6pagi..wahh awalkan)

Lepas tuh, cam biasa sambung tido dan bangun pada pukul 8pagi. Then tolong kak su siapkan sarapan. Masak rendang dan kuah kacang (wahhh aku baru belajar akan masakan nie..Cuma blom terror lagi.Harus la belajar lagi untuk menambah akan skill aku itu..haisshhh berbelit2 ehh..)

Lepas tuh, aku punya la tunggu akan wahai sang puteraku.. Ye la janji nak datang lepas sembahyang qurban. Tapi harem...Sahih balik tido la tuh (memang pun).. Last-last datang pukul 4 petang. Memang nak marah tak bleh kan..Ye la dia balik kerja pun dah kol 6pagi. So kena la ada perasaan manusia kan.. Okay terus ke rumah mak teh sebab dah janji dengan mak teh nak beraya pada seawal pagi lagi. Tapi.. Mohon maaf yaa wahai mak cik kesayangan kami.

Lepas beraya, kami meneruskan pejalanan kami (cuma aku, mr. yokkie dan cik ah je) ke Amcorp Mall. Pergi ke books warehouse sale (The Big Bad Wolf Book). Terpegun sejenak. Mahu carik magazine pengantin. Tapi yang tinggal cuma senaskah je. Okay just grab it nanti menyesal plak. Then ada la 3-4 buah buku yang aku belikan. Yup, novel putus cinta marriage...buku masakkan..So bagi aku, memang berbaloi bila ke situ. Sebab kebanyakkan buku2 yang dijual kat situ majority kat luar semuanya up to 
above RM50. Tapi kat situ kebanyakkan buku yang dijual cuma RM8 untill RM15.  Murah kan... So kalau mahu beli lagi kita tunggu tahun hadapan je la ekk.


Sebahagian dari buku yang dibeli semasa 
di Big Bad Book Warehouse Sales.



Lepas je menghabiskan duit. Kami terus pulang. So itu sahaja la yang telah aku lakukan sepanjang hari raya qurban.

nota kecik: Anda bagaimana? Apa pengorbanan yang telah anda lakukan? So dengan tidak mahu orang kata aku lupa akan kampung halaman. Minggu depan aku mahu pulang ke perantauan. Ada Happy! Semestinya..

Tiada ulasan:

nuffnang