nuffnang ads

ads sense

Isnin, 7 Disember 2009

Kau Meragam lagi...


Abu Vivi...ohh abu vivi..

Macam-macam hal ang dah buat..Meragam tak tentu pasal..

Tak sampai EMPAT bulan dah buat hal..Baru sahaja tukar..dah rosak..Kenapa haaa...?

Abu vivi..Ohh abu vivi..

Tak salah aku, sebelum raya..aku dah tukar break yang dapat mengengam kedua belah tangan ang.. Dua minggu lepas aku terdengar akan bunyi seretan pada bahagian tayar hadapan disebelah kanan abu vivi.

Jujur..Kedengaran bunyi itu sangat kuat. Biarpun aku membukak volume radio yang telah menunjuk ke angka 11. namun masih tetap kedengaran akan bunyi itu. Okay fine.. kau dalam keadaan tidak sihat kan..

Aku memang gelisah, aku menurunkan cemin tingkap keretaku. Dan confirm, aku terdengar bunyi kuat itu datangnya dari Abu Vivi.

Hai la abu vivi...

Aku pun membawanya ke hospital (service senter la) untuk diperiksa kot-kot ada sakit ke.. Yup, doktor (mekanik) telah memeriksa dan mendapati yang abu vivi memang sedang sakit. Sakit dibahagian tangan kanannya (tayar hadapan). Haishhh..okay mahu ubatkan(service)..Mak aihhh mahalnya doktor tuh mau charge. Cuma mahu tukar break je, si doktor tuh mahu charge sampai RM75. Tuh blom masuk charge pemasangan (atau ertikata dalam bahasa doktor, service charge la). Mahu sampai RM100..mak aihhh...aku bukannya pergi hospital Glenneagle. Tapi pie klinik mesra je (bengkel catok yang rasanya tunggu masa nak roboh ja).. [ aku rasa mesti korang peningkan. Apa yang nak aku explainkan nie..hehehe]. So hasrat untuk ubatkan abu vivi terhenti disitu.



Speedwork Absorber, artwork yang dihasilkan oleh aku.


Namun dengan usaha Mr. Yokkie,  dia telah membeli brake dengan harga jauh lebih murah. Mr. Yokkie telah memperolehi dengan harga RM30. Haa..Apa lagi, mr. yokkie dah belikan. Ada dalam kereta tuh. Cuma tunggu peluang nak pasang je...


Haishhh...Tapi..


Ada tapi lagi...Semalam, lepas kami berdua makan malam. Mahu balik, terdengar akan bunyi yang amat pelik. Tak pernah dengar lagi bunyi tuh sebelum nie... Terus Mr. Yokkie tepuk dahi.


Abu vivi...ohh abu vivi..


Ang meragam lagi kaaa...kali nie absorber plak yang mahu ditukar..Haishhh patut pun bila di pusing streering. Bunyi "krekk..krekk"..

Hai abu vivi..hai laa abu vivi..



Bukan setakat itu sahaja, baru sahaja tadi lampu signal dan lampu besar dah buat hal..

Mahu dikeluh pun tak guna..Tunggu sahaja la wang gajiku. .baru boleh aku tukarkan. Sabar yaa wahai abu vivi...



nota kecil : waa mahu menjerit sekuat hatinya.. Okay perlu mencari duit sampingan lagi... sekarang musim orang kawin..sesiapa mahukan bantuan aku untuk mendezin' banner sila email aku. Bayaran murah dan berbaloi dengan budget anda..

Tiada ulasan:

nuffnang