Aku bukan nak cerita pasal kisah silam aku atau apa. Tapi aku mahu kongsi kisah keluarga aku..Kisah dimana ramai yang tak tahu. Wahhh, sampai sekarang la bila kami jumpa. Mesti la kisah nie akan diceritakan. Cerita dimana kumpulan mana yang diminati atau digilai oleh kakak-kakak aku dan adik aku...mau dengar...
Favourite Group Kak Chak - Bumiputra Rockers. (kakak aku nie memang jiwa rock kapak.. Nampak je lemah lembut tapi layan semua lagu rock kapak..). Aku pun terkejut bila kakak-kakak aku cerita kisah kak chak nie.
Favourite Kak Cik - Gersang (tapi yang sebenarnya kak cik nie gila sangat-sangat (jatuh cinta) sama manan ngah.Tuh kot cari suami pakai spek mata..hehehe ampun kak cik).
Kak Su - Bonjovi (Okay alasan tak bleh blah...sebab suka vokalist yang hensem..Okay aku admit memang cair bila tengok..). Hat nie plak lain dari yang lain. Tak penah aku tengok akak aku nie layan kumpulan melayu kita la..Asyik layan lagu omputih je.
Cik Ah (adik aku) - Exist (hat nie memang tak bleh blah dengan alasan dia... Fanatik sama vokalis, Mamat. Bila vokalis kuar tv nak nyanyi sure akan melekat cam stiker kat tv tuh sampai tak kelip mata laa orang kata. Adik aku penah cakapmamat exist hensem..ehmmm dulu tak sempat plak nak tanya hensem kat mana yek. Tapi sekarang kalau tanya sure dia akan benggang dan
Dan lagi satu group.. New Boyz (Suka kat tomok. Sanggup beli Cd dari first album sampai la ke album yang berapa pun aku tak pasti. Bukan setakat tuh je, sanggup beli cd karaoke lagi tuh..ishh adik aku nie.. Sampai sekarang la minat tomok.).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan