nuffnang ads

ads sense

Isnin, 15 Februari 2010

Ceritaku buat mu...

Minggu dimana aku tak punya waktu untuk berehat. Tak punya waktu untuk bergurau senda..Tak punya waktu untuk berdandan..Chehh ayat.. Aku menghabiskan waktu-waktu aku menolong akak-akak aku bikin cupcake serta pastry.

Permulaan hari-hari yang mencabar buat diri aku (cheh ayat..)

Pada hari Rabu (10 Feb 2010)


Selepas kerja aku terus berangkat ke rumah kak cik bagi membantu kak cik menyiapkan 6bijik cupcake. Design telah diberikan. Alhamdulilah dengan ilmu yang tak seberapa, terhasil jugak la cupcake nie biarpun aku cuma dapat melelapkan mata cuma 3jam. Tapi bila hasil yang diperolehi memang agak berbaloi la...




Hari Khamis ( 11 Feb 2010) 
Ke kerja agak lewat. Bukan bangun lambat tapi bila call taxi, semuanya tak mau nak ke puncak setiawangsa. Akhirnya aku dapat jugak taxi pada pukul 8.30pagi. Dan akhirnya aku terpaksa naik bas ke office dari stesen LRT ke office..(Nasib bos tak de gie holiday kalau tak naya aku disoal siasat kan..hehehe). Okay lepas kerja aku terus ke rumah kak su untuk menyiapkan kelongsong fruit tart sebanyak 100biji yang bersaiz kecil. Fruit tart nie telah di order oleh my cousin Jasmina untuk majlis pertunangan cousin hubbynya. 

Hari Jumaat (12 Feb 2010) 
Lepas kerja terus ke setiawangsa plak bagi menyiapkan 20biji dan 16biji cupcake. Both cupcake has been ordered for the engangement day. Nak kata penat tak kisah la..sebab sekarang aku dah rasa cam fun bila aku dapat belajar cam mana nak create roses, flower..Okay yang penting aku dapat mengembalikan kisah kanak-kanak main plastersin la..Hahaha kira aku uli foundant nie cam aku uli plastersin kan.. So terhasil la cupcake seperti dibawah nie..
 
Hari Sabtu (13 Feb 2010) 
Kalut jugak la sebab janji dengan kak su pukul 9.00 pagi. Sebab jasmina janji nak ambik fruit tart pada waktu tengah hari.. Tapi bertolak dari rumah kak chik agak lambat. Sebab customer datang rumah kak chik so tak manis kan kita blah cam tuh je.. So bertolak pukul 9.30pagi..Syukur alhamdulilah, sampai rumah kak su. Aku dapat berita yang mengembirakan..Haa fruit tart dah siap..MIMPI kay..bukan tapi jasmina call nak ambik waktu malam. So ada la masa aku merehatkan badan nie. So, sebelah tengah hari baru kami mulakan preparation untuk menyiapkan custard dan hiasan. Lepas maghbrib baru jasmina datang ambil fruit tart. Aku pulak bergegas pulang rumah untuk packing my bag. Ye la malam tuh jugak aku kena balik kedah. Okay tiket dah beli doh...Mana bleh burn like that je kan.. Akibat takut kesesakkan jalan raya, aku memberi cadangan pada MR. Y untuk telifone public cab pada pukul 9.30malam. Tak sangka plak tak sampai 10minit public cab datang. Peh panik gak sebab masa aku call, aku belum sampai rumah kak su. Nasib baik pak taxi sesat tak jumpa rumah..hehehehe...Kalau tak burn credit fone aku kan.. So sampai perhentian duta 2jam awal. Tak pa baik sampai awal jangan terkalut-kalut kan..Tapi bas kami tiba agak lewat 30minit. 

Yang sedihnya dalam bas semasa driver bas check the ticket. One of the passenger tersalah naik bas. Sepatutnya waktu perjalanan dia 12tgh hari tadi. Tapi dia salah tengok waktu and he thought that it's midnight. Sedihkan.. Ye la mau pulang ke kampung doh..memang perasaan melonjak-lonjak mahu pulang ke kampung kan. Mungkin sebab perasaan yang terlampau melonjak-longak terlampau over tuh yang sampai tengok tiket tersalah time kan.. 

Minta simpang la...Takut dohh..Okay-okay dalam perjalanan aku meng-qadarkan tido aku..Sampai Mr.Y naik benggang ngan aku sebab tak sedar dah mau sampai alor setar doh (ohh..before that aku dah warn dia jangan kaco aku atau kejutkan aku atau ajak aku sembang ke apa sebab aku mahu tido - kejam kan aku sebagai buah hati dia..agaknya aku berdengkur dak..erkk kena tanya sama Mr. Y nanti..hehehe)..Tapi yang penting, Itu tandanya aku PENAT kan...tuh yang tido tak hingat dunia.. 

Sebelum aku nak masuk tido, aku mahu mengucapkan GONG XI FA CAI' buat kaum Tiong Hua. Gamaknya ada ke kaum cina yang baca belog aku nie kan.. Tak kisah la kan. Buat korang-korang yang tengah membaca tuh..Moga cuti-cuti korang tuh digunakan dengan bijak. Jangan besok-besok dah mahu masuk kerja baru terasa menyesal macam aku nie la kan..heheheh (ngomel banyak sangat la plak..).

Tiada ulasan:

nuffnang