nuffnang ads

ads sense

Isnin, 26 Julai 2010

Impak Maksimum

Sabtu - 24th July 2010

Pagi-pagi lagi kak su dikejutkan oleh satu panggilan yang betul-betul bagi Impak maksima buat kami dua. Impak dimana kak su telah menerima panggilan telefon dari MAMA...

Ishh, mama kali nie betul-betul tak tahan ngan kami berdua. Akibat yang aku rasa memang korang rasa tak munasabah kot... Tak...tak memang munasabah coz memang dah tiba masa kami dua perlu fikirkan hal seperti nie...

Okay apa yang nak aku sampaikan adalah... Kami dua dimarahi akibat tak mo pikir akan masa depan dengan membeli rumah... So dengan itu sabtu lepas menjadi sejarah buat aku dimana mama dengan tak tahan telah memaksa kami berdua keluar pergi ke showroom yang berdekatan..

Okay kes yang buat mama marah sangat. Sebab mak teh call and bagitau that Hari tuh jugak kat newspaper on that day gak telah terpapar banyak company2 yang menawarkan pelbagai jenis rumah from 100K to 300K..So pilihan terletak ditangan kami laa kan...

(Sebenarnya about mak teh tuh mama tak bgtau pun bila kami ke rumah mak teh petang tuh baru kami tau pasal newspaper)

Dengan mengambil masa yang agak lama untuk bersiap, jam pun dah menunjuk angka 12tgh-hari kay.. Apa kejadah mau ke showroom. Dah la hari sabtu bukan ke office half-day..

So kami tekad mau jenjalan tengok area mana yang ada... From subang bestari until ke Shah Alam kami terokai. Apa Alam kami redah. Cahaya Alam, Setia Alam. Kalau ada Alam floral pun kami redah..Wow memang terpegun seketika. Kebayakkan rumah yang aku tengok wow bombastik and da bom laa.. Dari rumah setingkat hingga rumah apartment semuanya cantik-cantik belaka. 

And that time memang aku rasa mungkin dah tiba masa kot kena pikir akan masa depan for my own good. Tak kan semua nak harapkan laki aku nanti..

Betul apa yang mama cakapkan. Kita as perempuan perlu jugak fikir akan hal diri sendri. Tak boleh nak bergantung 100% kat suami kita. Tak kan duit yang kita perolehi dari bekerja nak habiskan dengan shopping.. Shopping tuh bukan aset yer..Shopping tuh adalah kemahuan.. Wah dah nak masuk bab akaun plak doh.. Sudah tukar topik plak...

Akhirnya kami tekad nak sambung plan kami dimana plan pencarian rumah pada minggu depan.. So mama, hope kami dua dapat apa yang mama impikan la yer..Hehehehe..

nota kecil : Pencarian rumah base on kemampuan kita. So tepuk dada tanya la selera..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahad - 25th Julai 2010

Khamis lepas aku ngan Mr. Y dah plan nak ke Levis Warehouse di cheras pada ahad nie. So plan dikotakan. Jujur kalau suruh aku ke cheras aku telah mengangkat kedua belah tangan menandakan penyerahan diri. Ini kerana aku betul-betul tak familiar akan jalan di kawasan itu.

Bagi untuk mengotakan janji, kami dua main redah je. Janji dapat sampai ke area yang dirancangkan. Wow jalan dah betul cuma rasa-rasanya kami dah sesat. So tanpa segan silu. Kami mengikut kaedah malu bertanya sesat jalan. So daripada sesat baik tanya orang.

Akhirnya sampai jugak kami disana. Wahh, ramai jugak orang yang datang. Ah kami mahu carik barang perduli apa orang kan.

So ditingkat bawah kelihatan kebanyakkannya barangan World Cup. Manakala tingkat atas terdapat barangan Levis, Converse, Everlast dan barangan kanak-kanak..

Harga - Ada yang murah dan berbaloi..Dimana baju perempuan ada yang RM5. But ada gak yang best buy contoh Levis Jeans.

Aku nak grab a few things cuma biasa la kalau keluar ngan lelaki nie semuanya nanti-nanti. Dan diakhiri dengan memulang baju yang basah (akibat hujan yang lebat).

Tak pa next week just see my luck. Kalau ada lagi yang aku nak tuh. Just grab it..Hahaha...

Oh, perjalanan pulang aku tetiba terasa seperti perempuan mengandung yang terasa mengidam nak makan Nasi Lemak Langgaq.

Peh pulun nak nak ke sana. Tapi yang kami perolehi bangunan yang telah tutup punca akibat Kebakaran. Okay bukan kedai tuh terbakar. Tapi kedai runcit dan tempat kaunseling bersebelahan dia yang terbakar. memang teruk gak la. Turun tanya kat 7-elevan bila nasik lemak tuh mahu bukan. Jawapan yang diperolehi tak pasti... Wahhh kempunan laa... So pulang dengan harapan yang punah buat kali kedua..

Bila Mr. Y tengok muka dah monyot kalah cuka. dia tanya nak makan mana lagi.. Gedebushh Seksyen 14 (Nasik Goreng Ayam Ipoh). Dituruti la jugak sat gie muka nie dah tak comey parah..Hahahha.. Harapan yang punah telah dicerahi dengan warna-warna pelangi..Aku suka makan kat situ sebab harga yang berbaloi dan perolehi portion yang banyak.. Dua orang pun bleh makan (main ngan aku dah favourite food tak kisah dua orang atau tiga orang pun aku bleh habiskan.)

Tiada ulasan:

nuffnang