nuffnang ads

ads sense

Isnin, 13 Jun 2011

Iam Masterchef!!!

Kalau cakap bab masak memasak, harap maklum aku memang fail... Mama penah bimbang masa aku bagitahu yang aku nak KAWIN dengan Mr. Y.

The main question yang disoal aku adalah "hang tau masak kaa? tak kan nak goreng telur atau masak maggie jaa bagi Mr. Y makan tiap-tiap hari???"

Jawapan paling sentap yang pernah aku katakan kat mama " apa susah mamakan ada, call jaa laa..." (sambil senggih dok gatai nak kawin laa katakan).

Huk sentap mak kiah bila dengaq soalan tuh dari ibu terchenta...Memang bimbang dah gelisah bila aku pikirkan. Namun, benda-benda sebegini kita tak mampu nak elakkan. Sampai bila nak upah mamak masak untuk kitakan...

Buat pertama kalinya (nampak sangat dah lama tak update blog nie), Mr. Y tanpa segan silu memerintah aku untuk masak kat dia.. Alasan nak bawak bekal ke tempat kerja...Tanpa soal siasat dia cakap, semua benda dia dah belikan so sila masakkan okay...Time tuh baru aku sedar dimana soalan-soalan mama sedang bermain dingiang-ngiang telinga aku.

Time tuh, nak jugak tunjuk yang bini Mr. Y memang pakar masak. Maka tadaa ini lah aku masak untuk Mr. Y.Buat pertama kalinya aku bangun seawal 6.00pagi then terus masak untuk suami...

Nasi Goreng Ikan Bilis
Makanan yang direquest oleh Mr. Y

Alhamdulilah, selang beberapa hari lepas tuh dia request lagi suruh masak Nasi Goreng...Sila jangan ketawa kat aku okay...

Kali nie, aku cuba memperanekakan nasi goreng aku dimana kali nie aku buat Nasi Goreng Sosej..Alhamdulilah lega bila tengok Mr.Y tak langhut (dongak) kepala, tanpa kata apa-apa..Tuh tandanya sedapla kot...


Kini aku mampu bagi gelaran kat diri aku sebagai MASTERCHEF untuk suami aku..

Tiada ulasan:

nuffnang