nuffnang ads

ads sense

Selasa, 8 Mei 2012

Mee Goreng Tak Basah Tak kering...

Dah lama aku tak masak kat rumah.. nie kes en. y tak sanggup tengok aku ke hulur ke mari dek si adam tak boleh berenggang dengan aku (kes anak BF laa).. Kekadang tuh aku cuci pinggan kat dapur pun si kecik nie dah melalak. Sampaikan en. Y kena dok depan pintu dapur sambil dukung si adam tuh. Bila si kecik nie nampak je muka mama dia.. Terus buat muka puas hati.. Mau si abah tuh bleh sakit hati bila asyik kena buat macam tuh..Haru sungguh..

So dua hari lepas (hari ahad), masa tengah hari tuh, time makan kat ss2, aku beriya2 nak sangat masak untuk makan malam.. Aku cakap kat En. Y aku nak sangat makan mee goreng.. tapi dengan syarat aku nak mee goreng aku masak.. So end up dia setuju aku masak.. Alasan aku, tak mo membazir... Aku cakap bahan2 tak da dan ajak pie beli. So lepas kami makan kat restoran pelita terus begegas ke carrefour tropicana mall untuk belikan bahan2 nak masak malam tuh..

Sampai je kat rumah, nasib adam time tuh behave. Sempat gak laa aku siapkan bahan2 nak masak..

sila ignore telur dan pisang...

Bahan2

Mee kuning
Bwg merah - tumbuk sampai halus
Bwng putih - tumbuk sampai halus
Ayam /daging (potong kiub2) - Pilihan kali nie ayam. Sebab En. Y cakap daging suka lekat kat gigi..haishh

Sos cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Stok Udang
Cili kering - diblend
Kicap
Gula
Serbuk pati ayam
Sawi / taugeh
Tomato

Cara2
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai kuning.
2. Masukkan ayam / daging. Bila ayam dah masak baru masukkan cili blend tadi. Masak sampai pecah minyak
3. Lepas tuh masukkan sos cili, tomato dan sos tiram. Kacau biar rata. Lepas tuh masukan sikit stok udang (stok udang nie aku slalu simpan..). Kalau nak style basah boleh tambahkan air.
4. Masukkan batang sawi. Kemudian baru masukkan gula dalam 1sudu kecil
5. Masukkan tomato. Kacau sampai agak layu
6. Baru masukkan mee kuning. Bila agak masak baru bubuh kicap (nie ikut cita rasa kalau nak warna mee tuh gelap bubuh lebih sikit kicap)..
8. Last sekali masukkan daun sawi. Bila dah masak taburkan sikit pati serbuk ayam. Kacau sampai rata.
9. Masukkan dalam pinggan dan makan...

Harap maaf, presentation tak memuaskan.. Nie kes kelam kabut dek adam dah melalak..Huhuhu

Nie la resepi simple aku.. Aku belajar resepi nie pun dari mak tam aku.. Memang kalau pie rumah mak tam, wajib laa dia masak mee kuning nie.. Kebetulan mee macam nie plak memang fav. en. Y. So ada point laa kalau aku nak masak. 

1 ulasan:

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

mee grng benda paling simple nak masak dan sedap....aku suka buat mee goreng basah ngan daging...perhhh malatoppp gituew...pejam mata pun blh buat kan...ngeee

nuffnang