nuffnang ads

ads sense

Khamis, 31 Mei 2012

Outing Time

Ahad lepas, kami ke mid valley.. Peh rasa macam bertahun tak pie MV. Masa nak pie tuh boleh plak sesat jalan masa nak carik car park..Adoiyaa, nampak sangatkan bertahun tak buat lawatan ke sana..Huhuhu, dah la tuh manusia masha'Allah  punyalah ramai giler...

Tujuan nak pie MV hanya la sebab nak bawak adam pie tengok Mickey Mouse (haa nie idea mama dia laa..boleh tak?). Bila dah sampai tuh, mama adam laa org yang paling excited..

Bila dah sampai ya allah, memang ramai org yang menunggu nak bergambar with lots of mickey.. So we decide to have lunch first kat Mc Donald.. Bab nie yang memang kami dua dah mula resah..

Aku bagitau kat En. Y supaya relex sebab aku dah sediakan back-up plan untuk adam.. Hahaha tuh dia siap kena ada back-up plan tuh..huhuhu

Ye la, dulu kalau bab nak makan kat luar nie, memang menjadi satu masalah pada kami berdua. Mana taknya si adam akan meragam / tunjuk perasaan bila time kami nak makan (ala2 masa zaman dating dulu).. Kami terpaksa laa bergilir2 nak menjaga si kecik nie..

Tapi lain plak sekarang nie. Sejak adam dah bleh makan nie. Alhamdulilah semuanya , Before aku nak kuar. I've prepared biscuit for adam (kira nie lah back-up plan aku supaya adam bleh dok diam..).

Alhamdulilah, plan aku berjalan dengan lancar. Kami berdua dapat menjamah makanan kami dengan tenang.. Adam relex ja dok dalam stroller dia sambil makan biskut. The best part, dia habis 2pack of biskut tuh.. Haihh la anak mama..

nie la back-up aku.. (picture by En. Google)


Tengok bertapa bersungguh2 menikmati biskut...

Kan aku dah cakap.. tengok muka tengah menikmati makanan

Selesai je makan, terus kami bergegas ke Centre Court (tak salah aku laa).. Tempat dimana Mickey Mouse Fair 2012 diadakan... Bila sampai je kat situ, memang aku teruja habis tengok pameran tuh. Gosh, banyak betul patung2 mickey kat situ.. Terdapat pelbagai bentuk dan size boleh dilihat.. Memang awesome dan creative... Begitu Artistic.. Hehehe..

Pameran nie diadakan bermula pada 24 May dan berakhir pada 10June 2012. Do bring ur kids and snap lots of picture there..

Jom layan gambar2 yang aku snap masa pameran tuh.. SOrry kalau quality tak berapa nak cun..Almaklum laa aku bukan guna smartphone yang punya quality camera yang cun melecun...


Sampai2 je adam dah teruja tengok Mickey..

As usual favorite adam tengok gelagat orang ramai...


Malu2 plak bila tengok patung minnie mouse..hehehe


Joker - Favorite En. Y




Mama pun nak jugak snap photo dengan Mickey.. Tapi.. Adam..haiyooo spoil laa buat muka boring..

Penuh Patung2 mickey kat Ground Floor Mid Valley...

Masa nak balik, sempat lagi snap gambar...

Tiada ulasan:

nuffnang