nuffnang ads

ads sense

Khamis, 20 Disember 2012

Alhamdulilah. rezeki datang lagi...

Sementara dok tunggu nak hias cupcake dan lagi nak update blog..hahahaha...

Hati nie tak sabar nak balik kampung. Ye la dah 2 minggu tak balik jumpa ngan bonda dan tok ketua yang tercinta ( eleh cakap laa tak sabar nak jumpa si kecik sorang tuh...hehehe).

Semangat nak balik kampung punya hal. Seminggu sebelum nak balik aku dah beriya2 minta En. Y temankan aku pie beli ticket bas. Takut ticket bas habis macam 2minggu lepas (SOLD OUT).. Peh gara2 fobia tak dapat beli ticket bas hari tuh, aku dah tak sanggup dah nak beli ticket bas last minit.. Nanti end-up terpaksa balik ngan kereta.. Haishhh...

Okay sebenarnya aku bukan nak cerita pasal balik kampung. Actually dalam dok excited nak balik kampung. Tetiba, ada customer nak order cupcake dan choc chip cookies. Kira last minute order laa.. Tak pa, rezeki jangan ditolak kan..

Alhamdulilah, cookies dah pun settle. Malah customer tuh pun dah ambik. Cuma tinggal sorang je customer tak datang ambik lagi. Tak pa, customer nie kira regular customer.. Alhamdulilah, nie kali ke berapa ntah diaorang tempah. Hope dia order lagi la ye..hehehe (angkat2 kening). Cuma cupcake je, mood nak deco belum datang.. By the way, this time aku ingat nak buat lain sikit dari yang biasa.. Oh ya, tempahan kali nie, customer tuh nak guna edible image. Edible semua dah siap design dan dicetak. Tunggu nak gubah je atas cupcake. Okay la, mood nak deco cupcake pun dah datang..

Insyallah next entry akan aku upload cupcake yang telah siap.

Nie la, contoh tema yang custome order untuk buah hati dia. 

1 ulasan:

Julia Johari berkata...

seronoknya ada org order cupcake yummylicious :)

nuffnang