nuffnang ads

ads sense

Ahad, 30 Disember 2012

Ho..Ho..Ho.. Merry X'Mas..

As usual on 25th dec was a public holiday. Yea tarikh tuh juga merupakan hari dimana hari natal (x'mas eve). Public holiday as usual hari dimana rakyat malaysia bersuka ria bercuti. Yup, termasuk lah aku...

Gila public holiday aku ambik kesempatan balik kampung jumpa dengan si kecik..hehhe

Kali nie balik banyak sangat perubahan kat si kecik tuh. Semakin terserlah perkembangan minda dia..

Tok sah cakap la, memang nafas nie semakin singkat bila ke hulur ke hilir dok mengejar dia tanbah laa nie dh mula suka memanjat.. haishhh, patut la mak tok  slalu ngadu penat nak jaga...rupanya akal dok tengah berkembang..semua benda dia nak cuba..

Insyallah next entry aku akan cerita tentang perkembangan baru adam. On X'mas day aku dan mama dah plan 2 hari sebelum tuh lagi nak pie makan gulai ikan temenung kat kuala kedah. 2 hari sebelum tuh setiap pagi memang hujan turun agak lebat. Tapi alhamdulilah, memang orang kata tuhan maha adil sebab tak mau aku kempunan kot utk makan gulai ikan temenung tuh sebelum pulang ke KL.

Bangun punya awal, tanya papa ngan mama jadi ke plan nak pie shoru kat kuala kedah. So plan tetap jalan. Pada mulanya nak makan kat simpang tiga tapi dengar ramai kata kat muara kuala kedah lagi gulai kari dia nala punya pekat dan sedap. So kami pun try la pie makan kat sana.

Kedai dia bukannya besaq mana. Kedai chatok bawah jambatan kayu tuh. Kari memang superb la memang terangkat. Rasanya rempah kari tuh depa buat sendiri sebab terasa kari dia..Harga mahal sikit dari kedai kat simpang tiga. Tak pa yang penting janji sedapkan.

Yang buat sedap tuh, kari depa masak panas2 lepas tuh kita minta la brp ekor ikan nak. So ikan yang fresh2 depa masuk dalam kuali dalam tak sampai 5 minit terhidang kat meja kita. Oh ya, kat situ ada depa jual ikan fresh2 so kalau teringin nak makan sotong ke udang ke boleh beli dan mintak mak cik2 kat kedai tuh masakkan apa yang kita nak..

Kami hanya order gulai ikan (5 ekor ikan), 2 ekor ikan goreng, ulan dan sambal belacan. Kita kami nak makan makanan melayu laa (Bayangkan pagi2 makan nasi..mau berat naik laa kan..hahahha)..

Yang bestnya, time dok rancak makan tetiba si adam bleh plak buat drama hari ini. Dia boleh terpa atas meja, terus bermandikan air kopi panas. Nasib baik laa air tuh tak panas sangat, tapi tangan tuh merah juga laa. Jangan cakap laa memang dia melalak laa.. May be terkejut kot bila mama dia menjerit...Tau memang sakit.. Habis buat malu mama jaa.. Si abah plak terus potong stim tak lalu makan.. Tak perasan yang air ada kat situ sebab memang dah angkat semuanya. Nak buat camana time tuh memang dia nak try mandi air kopi kan..

Sebelah petang plak, aku dan en. y plan nak bawak adam ronda2 satu pekan alor setar. Aku pun bagi la rancangan nak bawak adam pie taman kat stadium alor setar. Tapi bila tengok keadaan kami ubah pikiran dan terus hala ke menara. Time dalam kereta as usual adam akan tidor dah macam kena ubat pelali je. Tapi bila kereta berhenti terus automatik dia akan terjaga. That time dia macam terpesona jap tengok Menara Alor setar bila tengok lif dok naik turun.

Sorry ye anak mama, lain kali kita naik menara ye. So kami pun terus hala ke taman permainan. Dia betul2 enjoy bila dapat tunggang permainan macam kuda tuh (sorry tak tau nama) . Bila dia dah borink aku usung dia pusing satu taman. Yang bestnya bila sampai kat satu tempat orang jual belon buih tuh. Terus si adam mengekek2 gelak. Suka bila belon tuh dok keliling dia. So, end up si abah pun terus belikan. Aku try halang sebab mahal sangat pistol buih tuh dijual dengan harga RM15. Mahalkan. Tapi as usual aku cakap si abah akan beli demi anak tersayang. So tak kisah la harga macam mana. Beli juga..

Kami pun bawak adam kat satu corner si abah pun tembah laa buih2 belon tuh ke udara. Apa lagi mengekek la si adam.. Memang dia gelak tak hinggat orang lalu lalang kat situ. Sapa yang lalu kat kami akan sama2 gelak bila tengok gelagat adam dok cuba nak tampar belon2 tuh (mama dia laa yang terpaksa ke hulur ke hilir sambil pegangan adam. Ye la si kecik tuh kan belom boleh jalan sendiri.). Gara2 dok sibuk main dengan si kecik sorang tuh time balik rumah en. y tetiba cakap yang dia tak sempat nak ambik gambar time moment tuh.. Tak pa la, next time kita repeat lagi ye en. Y.



Nie rupa kedai makan tuh...

Time nie masa nak balik..tgk muka adam tuh, sedih sebab tangan kena air kopi...



Fail la mama adam nie, tak bagi adam pakai kasut..Haishh..




video




2 ulasan:

FiraHamzah berkata...

tetiba rindu nak makan kat utara..huhu..menara alor setar masa sekolah dulu hari2 kite pandangkan..kekeke..naik dua kali aje kot :p

NanAFarhanA berkata...

Guess what..sek kita pun dah tak dak..dengaq cerita tapak sek kita nanti akan jadi carrefour..

Sayu ja bila tgk tinggal tapak ja.. banyak kenangan time sekolah dulu..huhuhu..lepas nie dah x dak proof la nak tunjuk kat anak2 kita mcm mana sek kita dulu...

nuffnang