nuffnang ads

ads sense

Rabu, 20 Februari 2013

Berapa banyak susu yang diperlukan buat bayi baru lahir?

Teringat lagi masa memula aku dapat adam dulu. Aku betul2 tak cukup ilmu tentang penyusuan susu ilmu. 

Teringat lagi masa first time nak menyusukan adam. Aku rasa nak nagis bila time aku nyusukan adam dulu, memang bukan mudah malah that time aku dah mula stress bila dapati susu tak nak keluar. 

Tuh cerita masa nursing adam kat hospital. Bila time kami boleh pulang. Kat rumah agak stress bila aku tak tahu, berapa sukatan adam perlu minum? 

Tadi dok belek2 kat FB, aku ternampak satu info dari "PERSATUAN IBU2 MENGANDUNG" dimana boleh dikongsi buat bakal2 ibu. Bagi aku its good info kita (bakal2 ibu. insyallah utk aku sama..hehehe)

--------------------------------------------------------------------------------------

Bayi baru lahir perlukan 2ml kolostrum, bukan 2 oz susu. 
( PERINGATAN : masa hari pertama tuh bukan susu yang keluar, tapi kolostrum... Warna kekuningan sikit)

Bayi baru lahir perlukan dakapan rapat di dada ibu, bukan tidur lena selepas diberi sebotol susu. 
( PERINGATAN : baby sering menagis bukan tanda dia lapaq susu tapi, diaorang baru nak menyesuaikan diri di dunia nie. Ye la, 9bulan dok dalam perut kita. Tetiba keluar terasa macam asing lagi. So masa nie diaorg nakkan dakapan kita dan dakapan kita tuh seolah2 mcm depa rasa dok dlm perut ibu la.)

Bayi baru lahir perlukan sambutan gembira dan kesyukuran ibu bapanya, bukan kerisauan "takut tak cukup susu". 
( PERINGATAN : Emosi memainkan peranan kerana kalau kita stress, maka susu pun susah nak dihasilkan. Oleh itu jaga perasaan dan minda. Dan yang penting kita perlu motivate diri katakan SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAKKU..yeaaa)

Berilah sokongan kepada ibu yg baru melahirkan anak.

(PERINGATAN :Ni pun kira macam kat atas, emosi juga.. So buat2 kaum ibu, please kalau ada sapa2 disekeliling anda yang suka pikir negative. Cepat2 lah anda larikan diri anda.)

-------------------------------------------------------------------------------------

Rasa2nya lepas nie, hopefully aku tak akan mengalami syndrom stress bila time baby number 2 nanti..

nie masa 2nd day sampai rumah dan baru dapat pump susu... Time nie memang kurang ilmu pasal susu ibu.  Menagis bagai nak rak takut adam tak dapat susu cukup...

lepas seminggu, nie baru terhasilnya susu (alhamdulilah time nie dapat 4oz skali perah..)

1 ulasan:

Julia Johari berkata...

Seronok tgk kolostrum keluar kan...itulah makanan pertama bb kenyanggg taw wpun sikit..

nuffnang